script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: Pegawai SPAD Di Tampar Semasa Buat Operasi


KUANTAN - Seorang pegawai  penguatkuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dilaporkan telah ditampar oleh seorang pemandu lori ketika menjalankan operasi mereka di Jalan Pintasan Kemaman -Kuantan baru-baru ini. Pemandu berkenaan bertindak demikian selepas mendapati seorang lelaki tiba-tiba masuk dan merampas kunci lori beliau ketika dia memberhentikan kenderaan terbabit. Kejadian dipercayai berlaku kerana beliau tidak mengenali pegawai terbabit yang kini begitu kerap memakai pakaian biasa ketika bertugas. "Mereka tak pakai uniform... sebab tu kena tampar. Lagi pun SPAD kini semakin melampau mencari duit.. mereka buat operasi hampir saban hari hingga mengganggu mata pencarian sebahagian daripada kami. Ada sahabat saya yang sudah seminggu tidak membawa lori kerana gusar dengan operasi SPAD sekarang ini. Dulu ada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang lebih bertimbang rasa dan berbudi bicara ketika bertugas... tapi SPAD mereka langsung tiada pertimbangan kepada kami", kata  seorang pemandu lori yang menghubungi PDO. Menurutnya, kejadian "tampar" itu berlaku bukan kerana mereka benci kepada SPA tetapi ia kerana kesilapan pegawai terbabit yang tidak memperkenalkan diri. "Dia tak pakai uniform.. ketika sahabat saya berhenti lori terus dia masuk dalam dan rampas kunci.. sebab tu kena tampar.. tapi lepas di kenalkan dia dari SPAD baru kawan saya tu mintak maaf", tambah beliau lagi. Justeru kepada pihak SPAD, eloklah memakai uniform ketika bertugas supaya kejadian seperti ini dapat dielakkan. PDO
Share:

11 ulasan:

  1. Hamboi...da salah xnk ngaku lak...xwt keje,persoalkan..bile wt keje,persoalkan jgk...smua jbtn kt malaysia nh wt keje ikut aduan rakyat bkn suke2...rase btol,xyah tkot...keje cm biase...bwk muatan biar paras...bru org xtahan...

    BalasPadam
  2. undang2 itu untuk myenangkan,bukan menyusahkan,pertama2 kerja nawaitu kerna allah,insyaallah tiada riak dan perlanggaran ape2,masing2 cari makan...

    BalasPadam
  3. Boleh lah pakai preman xpayah pakai unifom..janji memperkenalkan diri tunjukkan kad kuasa. kalau dh salah tu salah je lh... kalau berani xperlu kot nk takut bawak lori.. guna otak lh sikit bila bercakap 2....

    BalasPadam
  4. SPAD... JPJ ngan LPKP pegi mana? Masa SPAD mula2 dulu pon macam haram kejar orang sampai die langgar kenderaan lain.

    Driver lori kebanyakan bukan tak mahu ikut A to Z, kadang2 kegunaan kenderaan mereka tu kepada kerja berat, mereka takkan nak selenggara setiap kali trip, kos selenggara dah la melambung,

    Padan muka pegawai SPAD tu, bukan takut, driver tu igt pencuri. Agak2 la... tunjuk la kad kuasa, perkenal diri, dan minta kunci untuk siasatan.

    Undang2 mmg menyenangkan, tetapi banyak diantara undang2 di Malaysia menyenangkan kerajaan bukan menyenangkan masyarakat.

    BalasPadam
  5. spad hendaklah bekerja bersungguh sungguh bagi memastikan semua rakyat malAsia berhenti membawa lori .ini adalah kerana malaysia akan menuju ke arah negara berpendapatan tinggi. kalau masih ada orang atau rakyat masih memandu lori bagaimanakah kita menjadi negara berpendapatan tinggi.akhir nya semua rakyat akan masuk universiti ternama untuk menjadi rocket sceintist di mana setiap rakyat mendapat pendapatan tak kurang dari USD 50K. heeee haaaaaa

    BalasPadam
  6. spad hendaklaH sentiasa memburu menyaman semua pemandu kenderaan perdagangan akan semua jadi papa kedana dan muflis. barulah mereka rasa menyesal tak belajar bersungguh sungguh hingga menjadi pakar bedah dan mendapat wang yg banyak tanpa perlu pemandu lori

    BalasPadam
  7. Spad tunjuk je kad kuasa.. apa salahnye? dia nak lari mana? lori bukan laju macam ferrari klu dia lari pun.. bleh kejar punye..takyah sampai rampas kunci terburu-buru.. kan dah kene lempeng panas... salah sendiri bila semangat mendahului kebijaksanaan. pikir dulu baru bertindak iye dok?

    BalasPadam
  8. cerita bohong je tu. tiada yg kena tampar dan tiada yg menampar. yg ada pdo nak kena saman....hahahahaha. beragak la kalau nk buat cerita sensasi bro....

    BalasPadam
  9. Hah!! cite bohong? ish ish ish pokcik tertipu jugok.. PDO nihhh..

    BalasPadam
  10. jgan langsung komplain kerja drive lori nie bahlol...
    ko pena keja ka jdi drive lori nie,kalo bukn drive lori kat mn korang nak pandu keta mewah korang, kat mana ko nak anta anak korang sekolah, dlm hutan..??
    korang ingat barang mtrial korang angkut guna keta masuk dlm bonet ka.. kayu la korang yg komplaint nie.. lg pwn sapa yg kena tampar to.?? mengarut mcm nak mampos...

    BalasPadam
  11. Kita kerja cari duit untuk keluarga itu dikira kerana Allah. SPAD dan JPJ tolong la rakyat bukan kerja saman rakyat. Tugas mereka jaga sudahlah, tak payah la saman. Saman tu membebankan rakyat, sekali kena 150-300. Nak bg makan keluarga lagi. Dah la gaji kecik. Bertimbang rasalah. Kita ni org islam kan. Saman tu tetap membebankan dan itu bukan caranya nak tolong rakyat. Kalau langgar org ke, bawa kereta merbahaya tu baru la logik nak saman. Kalau kes kecik, bertimbang rasalah, bukan semua org mampu dalam malaysia ni. Kalau yg mampu bayar tu senyap dah la. Hukum zalim tetap zalim dan membebankan.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Pahang Sedia Bertembung Dengan Parti Lain Pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) Sekiranya Usaha Penyatuan Ummah Gagal

KUANTAN: PAS Pahang bersedia bertembung dengan parti lain pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) sekiranya usaha penyatuan parti-parti Melayu...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.