script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

PAIP Di Gesa Atasi Masalah Air Berbau Di Bukit Damar


TEMERLOH - Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) perlu membuat kajian lebih terperinci sebelum menerima tawaran yang dikemukakan pihak perunding untuk memastikan operasi loji rawatan air yang dinaik taraf berjalan lancar. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lanchang, Datuk Mohd. Sharkar Shamsudin berkata, Paip yang mempunyai tenaga kerja profesional dalam hal ehwal operasi bekalan air tidak boleh terlalu bergantung kepada cadangan pihak yang membekalkan peralatan rawatan loji. Katanya, kegagalan rawatan air akan menyebabkan rakyat menghadapi kesukaran selepas sering terputus bekalan, air paip yang dibekalkan tidak bersih, berkeladak dan berbau. "Saya kecewa selepas mengetahui loji air Kampung Mempateh yang telah dinaik taraf baru-baru ini menyalurkan bekalan air paip yang berbau dan berkeladak kepada ribuan penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lanchang terutama masyarakat di kawasan Felda Bukit Damar dan Felda Lakum. "Saya juga menerima laporan air buangan dari loji ini mengakibatkan kerosakan kepada tanaman penduduk di kawasan ini," katanya kepada pemberita selepas beliau membuat lawatan mengejut ke loji tersebut baru-baru ini. #sumber
Share:

1 ulasan:

  1. Tahniah Datuk.. ADUN dan Ahli Parlimen Lain pun kene ikut lawat loji air. Gi panjat tengok loji tu jgn tunggu dan dengar laporan orang bawahan je.. Baru la jelas dan tepat maklumat dan masalah diselami sedalamnya.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Wan Rosdy Yakin BN Dapat Pertahankan Negeri Melaka, Gerak Kerja Jentera Kempen Kalangan Anak Muda Kini Semakin Mantap

MELAKA : Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyatakan keyakinan bahawa Barisan Nasional (BN) dapat mempertahankan kemenang...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.