TEMERLOH - Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) perlu membuat kajian lebih terperinci sebelum menerima tawaran yang dikemukakan pihak perunding untuk memastikan operasi loji rawatan air yang dinaik taraf berjalan lancar.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lanchang, Datuk Mohd. Sharkar Shamsudin berkata, Paip yang mempunyai tenaga kerja profesional dalam hal ehwal operasi bekalan air tidak boleh terlalu bergantung kepada cadangan pihak yang membekalkan peralatan rawatan loji.
Katanya, kegagalan rawatan air akan menyebabkan rakyat menghadapi kesukaran selepas sering terputus bekalan, air paip yang dibekalkan tidak bersih, berkeladak dan berbau.
"Saya kecewa selepas mengetahui loji air Kampung Mempateh yang telah dinaik taraf baru-baru ini menyalurkan bekalan air paip yang berbau dan berkeladak kepada ribuan penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lanchang terutama masyarakat di kawasan Felda Bukit Damar dan Felda Lakum.
"Saya juga menerima laporan air buangan dari loji ini mengakibatkan kerosakan kepada tanaman penduduk di kawasan ini," katanya kepada pemberita selepas beliau membuat lawatan mengejut ke loji tersebut baru-baru ini. #sumber
[VIDEO] Peniaga Pudu jual ayam bekas ratahan tikus?
-
PETALING JAYA – Tindakan sebuah kedai menjual ayam mentah yang didakwa
direndam di dalam tong tangki hitam bersama tikus mengundang rasa jijik dan
kebimb...
16 minit yang lalu







Tahniah Datuk.. ADUN dan Ahli Parlimen Lain pun kene ikut lawat loji air. Gi panjat tengok loji tu jgn tunggu dan dengar laporan orang bawahan je.. Baru la jelas dan tepat maklumat dan masalah diselami sedalamnya.
BalasPadam