script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Cyberita: Isu Lompat Parti ADUN Lunas, Menteri Besar Kedah Serah Surat Mohon Perkenan Sultan Gugurkannya Dari Jawatan Exco Kerajaan Negeri

ALOR SETAR, 24 Ogos [5.30 pm] - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak (foto), hari ini menyerahkan surat kepada Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah memohon supaya Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Lunas, Mohd Radzhi Salleh, yang mengisytiharkan dirinya wakil bebas, digugurkan daripada jawatan Exco. Azizan berkata, surat permintaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya perkhidmatan Mohd Radzhi ditamatkan dan digantikan dengan orang lain dilampirkan bersama surat beliau. "Tuanku terima surat saya. Kita tunggu keputusan Tuanku. Selagi baginda tidak buat keputusan, Mohd Radzhi masih lagi Exco," katanya kepada pemberita semasa ditemui selepas menyerahkan surat itu kepada Sultan Kedah di Wisma Zakat di sini, hari ini. Semalam, Mohd Radzhi mengisytiharkan keluar PKR untuk menjadi wakil rakyat Bebas tetapi tidak melepaskan jawatan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Tenaga Manusia. Menurut Azizan, Sultan Abdul Halim memahami perkara itu selepas beliau menerangkan kepada baginda bahawa Mohd Radzhi bukan lagi anggota PKR dan dia tidak layak menjadi Exco atas kuota PKR. "Pertemuan saya dengan Tuanku berjalan mesra. Saya harap Tuanku akan pertimbangkan permohonan ini tetapi saya tidak tahu bila baginda akan buat keputusan," katanya. Azizan berkata, pengganti Mohd Radzhi sebagai Exco hanya akan dibincangkan dengan PKR selepas baginda membuat keputusan.

[Sesuatu yang tidak masuk akal bila ADUN Lunas terbabit keluar PKR tetapi tidak mahu letak jawatan Exco. Amatlah malang sekali kerana beliau belajar ilmu daripada puak-puak UMNO dan BN yang sengaja mahu melawan undang-undang dan perlembagaan. Mana mungkin sesebuah negeri yang tertubuh dengan majoriti DUN tiba-tiba mempunyai seorang exco dari parti bebas. Soalnya, kenapa beliau sengaja tidak mahu meletakkan jawatannya sebagai exco?. Kerana beliau sengaja ingin memporak-perandakan Kerajaan Negeri Kedah pimpinan PAS, sama seperti yang dilakukan oleh dua exco Perak di negeri itu dulu. Inilah yang amat dinantikan oleh puak-puak UMNO dan BN, iaitu merampas semula kerajaan negeri Kedah. Apapun, rakyat diseru berdoa agar negeri Kedah akan senantiasa aman damai dan tidak terpalit dengan sebarang bentuk permasalahan yang lebih besar selepas ini hendaknya].

Share:

10 ulasan:

  1. sultan menjadi pening,negeri yang diperentah olih pr,jangan bagida murka dah ler

    BalasPadam
  2. macam mana tak pening pemimping pr semuanya haprak,kah kah kah

    BalasPadam
  3. Pening sebab nak jaga ulat busuk berdarah umno 3-4 ekor lg tk cukup mkn mulalah dia mencari dahan tpt berteduh baru.biasa hidup dlm kemewahan kena tekanan dan selalu dlm perhatian SPRM mcmmana nk cari makan kepala dia pening lantas bertemu ubat mujarab iaitu kembali dlm kandang UMNO dgn balasan emas permata hidup senang lenang 10 keturunan.

    Sekarang kepala puak tu tk pening lagi duit melimpah ruah nk buat apa petik jari semua akan datang.Nah tk perlu mkn penadol cukup terima habuan umno segar bugar spisis mamalia keparat

    BalasPadam
  4. Nak buat macam mana sultan pun tak mau lepaskan exco tu...nasib la kan.. jgn dok salahkan bn la.. ni semua masalah pakatan... apa pula dok tuju kat org lain...isk pdo ni haprak sungguh pemikirannya

    BalasPadam
  5. ini cubaan..cubaaannnn

    BalasPadam
  6. ADA SAPA LAGI DALAM PKR NAK DUIT NAJIB? KELUARLAH CEPAT! KAN ITU MATLAMAT KAU ORANG MASUK PKR? BUKAN NAK BERJUANG KEADILAN SANGAT....POOORAHHHH

    BalasPadam
  7. kah kah kah najib juga yang salah,dapat duit ok jangan kena bontut,awas selepas surat misteri,bontut misteri,akan timbul ,kah kah kah

    BalasPadam
  8. A serious screening should conducted by PKR on individuals aspiring 2 be wakil rakyat or hold any top post within the party

    As PDO mentioned,in conjunction wit this auspicious month of Ramadhan,let us all pray 4 the victory of the PR led state governments n the top PR leadership in resisting dirty,foul n underhanded tactics by the corrupt UMNO regime 2 demonized n eradicate PR from the local political scene

    BalasPadam
  9. Kalau anda sayangkan jari-jari anda ubahlah cara penulisan anda sebelumnya nanti anda hanya akan menggunakan kaki pula kerana tak dapat menggunakan jari lagi...

    BalasPadam
  10. takut jari tersumbat kan lubang jub kah kah kah

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Wan Rosdy Tunjuk Surat Bukti, Komitmen FGV Holdings Berhad (FGV) Bayar Premium Tanah RM72.364 Juta Kepada Pahang 30 Nov Ini

KUANTAN: Kerajaan Negeri Pahang tegas berpegang dengan komitmen secara bertulis FGV Holdings Berhad (FGV) berhubung pembayaran tunggakan pre...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.