KUALA LUMPUR - Pakar ekonomi Senator Prof Datuk Dr Ismail Md Salleh (foto), meninggal dunia akibat serangan jantung semasa dalam penerbangan dari China ke Singapura awal hari ini, kata isteri allahyarham Hasnah Wahab. Hasnah yang turut berada dalam penerbangan itu menemani suaminya mendapati Ismail yang sedang tidur di kerusi sebelahnya tiba-tiba terlentuk kepalanya ke atas bahunya. "Saya dapati suami saya sudah tidak bernyawa dan bila saya pegang, tangannya sudah sejuk," katanya semasa ditemui di Masjid Ba'alwie di Jalan Lewis, Singapura sementara menunggu jenazah Ismail diuruskan. Hasnah berkata suaminya meninggal dunia dalam kapal terbang kira-kira 2.30 pagi iaitu kira-kira sejam suku sebelum pesawat itu dijadual tiba di Lapangan Terbang Changi. Menurutnya, Ismail, 61, ke China kerana menghadiri satu mesyuarat mengenai urusan universitinya, International University College of Technology Twintech. Mereka bertolak 25 Ogos dan pulang malam keesokannya dan dijadual tiba di Singapura pada 3.45 pagi ini. Sebaik tiba di sini, jenazah Ismail dibawa ke Hospital Besar Singapura kira-kira 8 pagi untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca kematian. Jenazah Ismail kemudian dibawa ke Masjid Ba'alwie untuk dimandi dan dikafankan.
Senator Pertama Orang Kurang Upaya Malaysia
Kakitangan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura yang diketuai oleh Timbalan Pesuruhjaya Tinggi, Datuk Ahmad Anuar Adnan membantu menguruskan jenazah Ismail. Jenazah Ismail kemudian disembahyangkan oleh Imam Hasan Al-Attas bersama para pegawai kedutaan dan jemaah masjid. Jenazah kemudian dimasukkan ke dalam van jenazah untuk dibawa ke Lapangan Terbang Senai, Johor untuk diterbangkan oleh pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia ke Lapangan Terbang Subang. Hasnah berkata jenazah suaminya akan dibawa ke rumah mereka di No. 7140, Jalan Melati 2, Sungai Kantan, Fasa 2, Kajang. Beliau berkahwin dengan Ismail selama 27 tahun dan pasangan itu dikurniakan enam anak. Beliau terkilan kerana arwah suaminya tidak dapat menghadiri majlis perkahwinan pertama anak mereka pada hujung tahun ini. "Suami saya beria-ia sangat hendak menghadiri perkahwinan pertama anak kami," kata Hasnah sambil menambah tiga anaknya masih bujang dan tiga lagi masih bersekolah. Ismail mencipta sejarah sebagai Senator pertama yang dilantik daripada kalangan Orang Kurang Upaya dan cacat penglihatan di Malaysia.
Jenazah Dikebumikan Di Kajang Malam Tadi
Allahyarham juga ialah Bekas Timbalan Ketua Pengarah Institut Kajian Strategik Antarabangsa (ISIS), Ketua Pegawai Eksekutif Twintech Holdings dan Naib Canselor Universiti Kolej Antarabangsa Teknologi Twintech. Allahyarham dilahirkan di Pasir Mas, Kelantan pada 2 Sept, 1947 dan pernah mendapat pelbagai anugerah atas kecemerlangannya termasuk anugerah Guinness Book of Records sebagai orang cacat penglihatan pertama di dunia mendapat ijazah doktor falsafah. Sementara itu di Kajang, abang allahyarham Zakaria Salleh, 64, berkata jenazah adiknya dijangka tiba di rumahnya petang dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Sungai Kantan malamnya. Katanya, adiknya tidak menunjukkan sebarang tanda sakit sebelum berlepas ke Beijing. Bagaimanapun, Isnin lepas, Ismail yang menghadapi masalah buah pinggang, telah menjalani rawatan dialisis di Kuala Lumpur. Zakaria bertindak sebagai "mata", penjaga, pembantu peribadi dan pemandu kepada Ismail sejak kecil. "Saya telah berjanji dengan arwah mak saya, saya akan jaga dia selamanya," kata beliau,
[PDO merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham. Pemergian arwah merupakan kehilangan besar buat negara kita. Semoga roh Allahyarham akan dicucuri rahmat dan ditempattkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh].

Innalillahi wainnailahirajiun.. semoga rohnya dicucuri rahmat Allah. Perginya seorg pakar akademik yang terkenal. Jasa dan kehebatannya akan dikenang dan diingati, Insya Allah.
BalasPadamSemuga roh Allahyarham dicucuri rahmat,
BalasPadamAmin.
takziah pada keluarga beliau ,ini lah betul2 insan yang mulia ,hebat,tidak pernah menyakiti hati sesiapa hanya berbakti pada negara,suatu kehilangan yang besar pada kita,moga ALLAH mencucuri rahmatnya keatas roh beliau
BalasPadammati di bulan puasa tiada seksa kubur, kata uztaz aku dulu.
BalasPadamal tuan guru nik aziz kata masuk pas ,tentu masuk surga,tentu tak seksa kubur
BalasPadamTuhan aku kata sapa buat baik masuk syurga sapa buat jahat masuk neraka. sapa caci tok guru masuk neraka jahanam sapa sokong parti membelakangkan agama masuk neraka.
BalasPadamsekian terima kasih. semoga kita semua tk termasuk dlm golongan durjana bahagia mencaci tok guru
SETAKAT TUAN GURU NIK AZIZ TAK PAYAHLAH MAIN JAUH JAUH.
BalasPadamtak pernah orang kata apa2 pada hj hadi ,nasarrudin,harundin dan lain tokoh PAS.sebab apa nik aziz, tak di hormati,apa sebabnya,
BalasPadam