script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Cyberita Terkini Daripada Pelbagai Sumber Media

Mahathir, Kajian ISA Perlu Sesuai Ikut Masa

KUANTAN [8.37 am] - Tun Dr Mahathir Mohamad (foto) hari ini berkata, kajian semula terhadap sebarang pindaan berkaitan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) perlulah bersesuaian dengan keadaan semasa. Bekas perdana menteri itu berkata, semua undang-undang sebenarnya perlu dikaji dari masa ke masa supaya bersesuaian dengan keadaan semasa. "Bukan soal saya setuju saya atau tidak, saya kata semua undang-undang tak boleh jadi lapuk, kalau lapuk dan tak sesuai dengan masa, kita kaji," katanya selepas menghadiri program "Sejenak Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad" anjuran Majlis Bekas Wakil-wakil Rakyat Malaysia (Mubarak), di sini, hari ini. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam bahawa kerajaan sedang mendapatkan maklum balas mengenai ISA dan membuat kajian semula berhubung akta itu. Mengulas mengenai demonstrasi di Kuala Lumpur semalam, Dr Mahathir berkata, rakyat perlu sedar bahawa berdemonstrasi bukanlah cara terbaik untuk memberi tekanan kepada kerajaan bagi mengubah akta itu."Kita (kerajaan sebelum ini) sudah buat kajian semula (berkenaan ISA), dah lama dah, tapi oleh kerana keadaan tertentu kita tak buat pindaan, kalau nak buat pindaan kenalah sesuai dengan keadaan." katanya.

[Mahathir adalah antara spesis manusia yang wajar ditahan ISA jika mendengar dan melihat balik apa yang telah dilakukan terhadap rakyat dulu. Ini kerana beliaulah yang telah mempergunakan ISA dengan sewenang-wenangnya untuk kepentingan politiknya dulu. Kini segala ajaran "sesat" beliau itu telah diamanatkan pula kepada Najib Razak selaku PM ke-6. Maka, kita tidak hairan melihat segala apa yang berlaku di depan mata kita. Kenyataan Mahathir ini melambangkan bahawa beliau tidak wajar menjadi penasihat Najib sebenarnya. Eloklah Mahathir mendiamkan diri dari terus berkata-kata seperti burung kakak tua. Jika tersilap langklah beliau akan karam bersama labu-labunya].

Demo ISA, Tindakan Displin Buat Penjawat Awam

KOTA BHARU [7.20 pm] - Ketua jabatan boleh mengambil tindakan disiplin terhadap penjawat awam yang mengambil bahagian dalam perarakan dan perhimpunan membantah pelaksanaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Kuala Lumpur, semalam. Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Omar Osman (foto), berkata tindakan tegas boleh diambil mengikut peraturan yang ada, sama ada Perintah Am atau akujanji yang ditetapkan sebelum ini. Beliau berkata, mengikut Perintah Am dan akujanji, seseorang penjawat awam adalah dilarang melakukan perbuatan bertentangan dengan undang-undang dan perlu mematuhi perintah-perintah tetap kerajaan. "Untuk itu perintah-perintah tetap yang dikeluarkan oleh kerajaan adalah jelas dan perlu dipatuhi oleh setiap warga pekerja dan sekiranya berlaku pengabaian tugas boleh dikenakan tindakan tatatertib," katanya kepada Bernama ketika diminta mengulas kemungkinan ada penjawat awam terbabit dalam demonstrasi perlu dikenakan tindakan. Kira-kira 10,000 orang menyertai perarakan Gerakan Mansuh ISA (GMI) di beberapa lokasi di ibu negara semalam. Polis menahan 589 orang termasuk 44 remaja di bawah umur 18 tahun yang mempunyai kaitan dengan perhimpunan dan perarakan itu.

[Penjawat awam tidak perlu gusar dengan senario ini, kerana biarpun mereka mempunyai akujanji dengan kerajaan hakikatnya mereka juga adalah rakyat Malaysia yang dibenarkan untuk berhimpun berlandaskan peraturan dan undang-undang. Penentangan terhadap ISA bukanlah untuk rujuan keseronokan semata-mata, namun ia juga sebahagian daripada ranjau perjuangan. Maka itu, jika takutkan risiko usah bicara soal perjuangan. Tidak semudah itu kerajaan boleh memecat kakitangan yang menentang mereka. Jika dibuat analisis semasa, hanya mereka yang kaki mengampu sahaja yang masih mahu menyokong kerajaan. Sebaliknya bagi mereka yang berfikiran waras dan diberikan otak untuk berfikir sudah pasti mereka ini akan terus berjuangan hingga ke titisan darah yang terakhir. Biarah mereka bakal berhadapan dengan risiko dipecat sekali pun, namun api perjuangan tetap terus bersemarak di dalam hati sanubari mereka].

Kerajaan Sedia Siasat Pemimpin Pembangkang

ALOR GAJAH [7.00 pm] - Kerajaan sedang menyiasat sejauh mana pembabitan pemimpin pembangkang dalam penganjuran perhimpunan haram Gerakan Mansuh Akta Keselamatan Negeri (ISA) di Kuala Lumpur semalam. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein (foto), berkata siasatan dijalankan sama ada pemimpin pembangkang itu bertindak secara langsung atau sebagai dalang dalam penganjuran perhimpunan itu. Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Masjid Tanah hari ini, berkata, siasatan itu berdasarkan prosedur biasa dan tiada siapa yang terkecuali daripada tindakan undang-undang jika mereka melanggarinya. Beliau mengulas kenyataan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohammad Sabtu Osman, semalam bahawa pemimpin tertinggi pembangkang berucap di hadapan penyokong Gerakan Mansuh ISA (GMI) di pejabat Pas Pusat di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Katanya, antara yang disiasat ialah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang. Hishammuddin juga berkata, penyokong ISA, Majlis Pemuafakatan Ummah (Pewaris) tidak akan terkecuali daripada siasatan polis mengenai pembabitan mereka.

[Kerajaan seperti yang telah diketahui seantero dunia, memang cukup cepat dan pantas untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pemimpin yang tidak sebulu dengan mereka. Lantaran itulah,kita harus ingat dan sedar bahawa apa sahaja yang baik untuk rakyat akan dianggap salah dimata mereka. Namun, jika ia dilakukan oleh pemimpin UMNO semuanya dianggap boleh. Inilah konsep 1Malaysia "Rakyat Didahulukan" ciptaan Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak sebenarnya. Apakah tangkapan demi tangkapan akan dilakukan demi menambahkan lagi kekalutan dalam masa terdekat ini agaknya?].

Kerajaan Sedia Beri Rakyat Tempat Berhimpun

MUAR [5.40 pm] - Kerajaan bersedia menyediakan tempat yang bersesuaian kepada mereka yang mahu berhimpun secara aman, seperti di stadium untuk mengelak daripada berhimpun di jalanan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak (foto), hari ini. "Kita boleh bagi mereka stadium, di mana mereka boleh bertempik sampai subuh, tapi janganlah buat kacau di jalanan," katanya mengulas perhimpunan haram anjuran pakatan pembangkang di ibu negara, semalam. Perhimpunan yang disertai kira-kira 10,000 itu mendesak kerajaan supaya menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dianggap tidak adil. Perdana Menteri bercakap pada sidang media selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Pagoh, dekat sini, yang turut dihadiri oleh ketuanya Tan Sri Muhyiddin Yassin, juga Timbalan Perdana Menteri. Najib juga berkata, kerajaan menyerahkan kepada pihak polis sama ada akan mengambil tindakan terhadap pemimpin pembangkang yang terbabit dalam perhimpunan haram itu. Katanya, polis mempunyai tanggungjawab untuk menjaga keamanan serta ketenteraman awam, dan tidak mahu kejadian semalam berlaku secara berterusan. "Terpulang kepada pihak berkuasa (untuk mengambil tindakan). Demonstrasi jalanan adalah sesuatu yang tidak patut diteruskan," katanya. Menurut Perdana Menteri, pihak pembangkang sudah menjadikan perhimpunan haram itu sebagai bahan politik untuk menunjukkan seolah-olah kerajaan itu kejam dan tidak bertindak adil dengan undang-undang yang "draconian". "Kita kena menjelaskan kepada rakyat tentang apa yang telah dijalankan oleh kerajaan," katanya.

[Perhimpunan ISA yang sepatutnya berlaku secara aman telah dihuru-harakan oleh pihak polis. Provokasi yang dilakukan jelas sekali menunjukkan mereka tidak faham erti perlembagaan, yang termaktub hak-hak rakyat untuk berhimpun secara aman. Polis sepatutnya kerkerjasama menjaga keselematan dan lalu lintas. Namun anehnya, mereka lebih terpengaruh dengan politik dan menghalang rakyat menghantar memorandum untuk menghapuskan ISA itu sendiri. Mereka langsung tidak boleh berfikiran waras bahawa apa yang dilakukan itu adalah untuk mereka juga. Siapa tahu satu hari nanti kaum keluarga dan sanak saudara mereka pula yang ditahan ISA. Polis ternyata mengikut arahan kerajaan dengan membabi buta, agar menghalang rakyat dalam apa jua cara sekali pun. Maka itulah, polis bertindak ganas dengan melakukan tindakan yang diluar batasan kemanusiaan terhadap rakyat. Saranan Najib bahawa kerajaan akan membenarkan perhimpunan aman diadakan hanyalah gimik politik selepas beliau dikecam hebat berikutan keganasan polis semalam].

Share:

16 ulasan:

  1. Mana perginya Pro-ISA? Teringin gak aku nak dengar pasal diorg nie. Brapa org yang berhimpun sokong Pro-ISA nie? Boleh bagi maklumat x sbb sblm berhimpun nie diorg bongkak sgt cakap nak bertembung ngn GMI. Tp sejak smlm lgsg xda dgr berita lagi..

    BalasPadam
  2. PDO yg budiman
    Kalaulah yg menentang dan menglembukan blog kau ni anak sedara kau adakah kau akan biarkan? jika yg membodohkan dan menghaprakkan engkau adalah anak kau sendiri adakah kau akan mendiamkan diri?..

    BalasPadam
  3. kalau dah kebal sgt naper berterabo bila kena sembor ngan air dan asap??? Kata nak berjuang naper tak berjuang habis2an??? Kesian org melayu... Org lain tepuk tangan.... Tak sdar dek untung.... Ingat mcm filipina ke???? Berani lah lagi... Alamat mkn nasi kawah ler... Bagus anggota keselamatan... Tgkkan keamanan.

    BalasPadam
  4. Anonymous: 8:45:00 PM..,

    Memang betul apa yang anda katakan tu...."kalau dah kebal sgt naper berterabo bila kena sembor ngan air dan asap??? Kata nak berjuang naper tak berjuang habis2an??? "

    Kalau orang yang tak kebal tu ada hati nak berjuang, anda yang jadi tukang tengok jadi apa...pengkhianat bangsa..?

    Kalau anda kata "Kesian org melayu... Org lain tepuk tangan.... Tak sdar dek untung.... Ingat mcm filipina ke???? Berani lah lagi... Alamat mkn nasi kawah ler... Bagus anggota keselamatan... Tgkkan keamanan."

    Kita ingin tahu melayu mana yang tak sedar dek untung...? Anda bangsa apa, bangsa bangsat yang tahu dek untung...?

    BalasPadam
  5. majoriti yg dtg p'himpunan haram ni org MELAYU.. bangsa lain hanya b'sorak bila org melayu pecah belah.. memalukan malaysia bila pelancong tengok.. nnti diorg akan kata malaysia adalh sebuah negara yg x aman..

    org yg buat salah je yg takut ngan ISA.. kalo korg x buat salah asal takut.. kalo ISA d hapuskan.. makin berani org buat jahat.. xfikir ke..

    jgn hanya fikir politik je.. ini tanah melayu.. kt harus p'tahankan.. cuba tengok cina.. ekonomi diorg yg pegang.. kt org melayu.. pe yg ada?? hanya title BUMIPTRA yg buat kt msh bleh b'tahan di tanah air sndiri..

    BalasPadam
  6. sesungguhnya org yg dok pi demo ni tak sedar dik untung... hanya mengikut kata pemimpin dia org yg gilakan kuasa... yg takut kerana dia org selalu buat salah... negara yg aman telah diporak perandakan kerana gila kuasa... pemimpin dia org dok genyih di rumah, yg pengikut dia org ni terhegih2 lari kena sembur... tu la org kata otak letak di lutut. selama ni malaysia aman damai... tapi bila ada sorang pemimpin yg mmg gila kuasa ni hadir... malaysia dah jadi haru biru dengan telatah pengikut yg kuno ni... sayang ketayap atas kepala dijadikan alasan tegakkan agama... tapi perangai tak menunjukkan keimanan langsung... melayu juga ketinggalan sekarang ni..yg tau nak tunjuk perasaan konon... tgk kebanyakan melayu yg kononnya beragama ISLAM... sedih betul org ISLAM mcm ni

    BalasPadam
  7. gulungan reaksuner sentiasa menungu
    peluang dari titik keringat orang
    lain .perjuangan menegak hak rakyat
    adalah kerja orang2 yg brjiwa besar
    pengecut tidak akan faham.sejarah
    malaysia penuh dgn pengerbanan.

    BalasPadam
  8. Jangan terperangkap dgn agenda si al-juburi. Dia akan buat apa saja utk mencapai cita-citanya. Dia tak kisah bila negara jahanam, agamanya jahanam, bangsanya jahanam, ekonomi negara jahanam, rakyat jahanam, asalkan dia dapat membalas dendam. Dia juga tak kisah bila terpaksa ditunggang, menunggang, dikuda, mengkuda, dan apa-apa saja asalkan kehendaknya tercapai. Tambah lagi bila usahanya disokong oleh pentaksub dan pelampau yg sejiwa, yg kebanyakkannya dari mereka yg kecewa dlm kehidupannya. Maka terbentuklah satu gerombolan pengkhianat yg mesti diambil tindakan dan mesti diajar cukup-cukup. Manusia jenis ini tidak boleh dinasihati dan ditarbiyah lagi. Mereka menggunakan kekerasan, dan kekerasan jugalah akan diberi kpd mereka ini. Jangan sekali-kali terpengaruh dan terikut-ikut dgn petualang dan pengkhianat negara yg diketuai oleh DSAI Al-Juburi. Mereka-mereka ini mesti dihapuskan dari muka bumi ini..Takbir!!

    BalasPadam
  9. semua orang yang ikut demo ari tu memang bodoh lagi bangang sanggup jadi tunggangan aljuburi.....woi pencacai....pigi mampooooosss lah korang...macam beruk je aku tengok korang buat demo tu.....dasar hampasss

    BalasPadam
  10. Wahai anon 11:01 am kau ni aku tengok tk ubah beruk blkg rumah aku tergaru garu mencari kutu utk dimakan kerana kelaparan.

    Nasi basi rumah aku byk aku rasa nk bg kat kau lah beruk tua..kau makanlah kenyang2 ya.

    Beruk tua umno laknatullah kau nk pisang tk.pisang emas ni tau. tp ko kena buat satu kerja utk dptkn pisang emas ni.

    Senang saja kerja kau kulum pelir najib setiap pg dan ptg nah aku hadiahkan kau pisang mas 2 biji satu hari.

    hahaha sian aku ko berok tua umno

    BalasPadam
  11. Laknat ke atas UMNO celaka

    BalasPadam
  12. Beriya la nak hapuskan ISA ni.. ape yg ISA ni dah buat kat ko?

    BalasPadam
  13. yang dok takut isa sangat buat apa. kita tak buat apa nak takut apa. bangang punya orang. apa maksud isa .

    BalasPadam
  14. Aku baru pas tengok Memori ISA kat TVA... aku rasa kalu polis2 ni buat cam tu kat mat2 rempit bagus gak ni tak...masa kat KL dulu aku tengok yg halau mat2 rempit masa buat lumba haram adale 5 / 6 ekor....mat2 rempit buat bodoh je....alih2 polis yg 5 / 6 ekor tu blah.....

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Wan Rosdy Tunjuk Surat Bukti, Komitmen FGV Holdings Berhad (FGV) Bayar Premium Tanah RM72.364 Juta Kepada Pahang 30 Nov Ini

KUANTAN: Kerajaan Negeri Pahang tegas berpegang dengan komitmen secara bertulis FGV Holdings Berhad (FGV) berhubung pembayaran tunggakan pre...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.