script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Cyberita Terkini Daripada Pelbagai Sumber Media

Tokoh Penyair Terkenal WS Rendra Meninggal

JAKARTA [11.21 am] - Budayawan dan penyair terkemuka Indonesia W.S Rendra (foto), yang juga mempunyai banyak peminat di Malaysia, meninggal dunia di sebuah hospital di sini malam tadi setelah lebih sebulan dirawat kerana penyakit jantung. Media massa tempatan melaporkan Rendra, 74, yang juga dikenali "Si Burung Merak" meninggal dunia jam 10.15 malam tadi, dan meninggalkan 11 orang anak daripada tiga orang isteri, yang mana dua daripadanya sudah diceraikan. Setelah memeluk Islam pada Ogos 1970 ketika menikahi isteri keduanya, Sitoresmi Prabuningrat, beliau menukar namanya menjadi Wahyu Sulaiman Rendra daripada nama asalnya Willibrodus Surendra Broto Renda. Selain sajaknya, Rendra juga dikenali ramai di Malaysia melalui filem bertema agama yang dilakoninya "Al Kautsar" pada 1980-an. Jenazah Allahyarham dijadual dikebumikan selepas solat Jumaat di Bengkel Teater, Citayam, Depok dekat sini, tidak jauh dari kubur sahabatnya, Mbah Surip, penyanyi reggae yang mendadak popular di Indonesia dengan lagu "Tak Gendong", yang meninggal dunia Selasa lalu. Rendra beberapa kali memperoleh anugerah dalam bidang sastera, antaranya Penghargaan Adam Malik pada tahun 1989, SEA Write Award pada tahun 1996 dan Penghargaan Achmad Bakri pada tahun 2006.

[Al-Fatihah buat Allahyarham, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh dan mendapatn berkat darinya. Setiap yang hidup pasti akan mati, bila nyawa sudah tercabut dari badan hanya amalan yang akan dibawa. Tiada lagi harta dan kemewahan untuk dibawa bersama. Oleh itu, ambillah iktibar atas kematian demi kematian yang berlaku didepan mata kita. Mati itu terlalu pasti dan tidak dapat dielakkan walau sesaat sekali pun. Oleh itu, sedarlah manusia bahawa CCTV Allah lebih besar dan canggih untuk melihat apa yang kita lakukan atas dunia ini. Usahlah bertindak zalim terhadap sesama manusia, kerana kita semua adalah sama. Kembalilah kepada Islam dan kebenaran, demi sebuah perjuangan lelulur untuk pertahankan agama Allah].

Share:

1 ulasan:

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Wan Rosdy Tunjuk Surat Bukti, Komitmen FGV Holdings Berhad (FGV) Bayar Premium Tanah RM72.364 Juta Kepada Pahang 30 Nov Ini

KUANTAN: Kerajaan Negeri Pahang tegas berpegang dengan komitmen secara bertulis FGV Holdings Berhad (FGV) berhubung pembayaran tunggakan pre...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.