Anwar Nafi Buat Pertemuan Sulit Dengan Najib
SEBERANG PRAI, 25 Ogos [2.10 pm] - Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan laporan media bahawa beliau telah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak di Putrajaya baru-baru ini. Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat itu berkata, beliau pernah bertemu dengan Najib, misalnya di bangunan Parlimen sebelum ini, bukannya baru-baru ini. "Siapa kata (saya bertemu dengan Perdana Menteri)? Adakah Datuk Seri Najib berkata begitu?" kata beliau selepas mengundi di pusat pengundian Sekolah Kebangsaan Seri Penanti, Permatang Pasir pagi tadi. Portal Malaysian Insider melaporkan kononnya Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh telah mengadakan perjumpaan secara peribadi dengan Najib di Seri Perdana, Putrajaya. Laporan itu menyebut Najib menyatakan kesediaan untuk bekerja rapat dengan pembangkang. Dilaporkan Najib mahu menyampaikan mesej bahawa sebagai Perdana Menteri beliau sanggup untuk bekerjasama dengan pembangkang. Pertemuan kedua-dua pemimpin tersebut dipercayai berlangsung selama sejam.
[Sebenarnya laporan yang mengatakan Anwar membuat pertemuan sulit dengan Najib ini sudah lama juga kami dengar. Malah ada laporan yang mengatakan pertemuan itu adalah bagi membincangkan perpaduan orang Melayu. Namun kekecohan berlaku apabila Jamaluddin Jarjis yang turut bersama Najib dalam pertemuan tersebut menempelak Anwar dengan menyuruh Chegu Bard agar berhenti dari memainkan isu Altantunya. Di pihak Anwar pula mereka mahu supaya Najib menarik balik isu liwat yang melibatkan Saiful Bukhari Azlan. Menurut sumber pertemuan sulit tersebut tidak menghasilkan apa-apa resolusi dan hanya perbalahan isu-isu semasa oleh kedua-dua belah pihak. Sama ada laporan ini benar atau tidak, kami sendiri pun masih mengadakan siasatan tentang perkara ini. Jika benar ada pertemuan, maka kenapa ia tidak dihebohkan kepada media dan jika memang benar Anwar tidak berjumpa Najib, ini bermakna harapan baru untuk perubahan akan terus terlaksana].






Putar, belit, spin, klentong, itulah kerja si al-juburi. Deny, nafi, tak ngaku pulak. Sebab apa, sebab hajatnya tak dapat ditunaikan..al-juburi sdng dlm ketakutan sekarang sebab 2/9/09 dia akan ke mahkamah..Ada orang cakap dia mintak tolong Najib pengaruhi mahkamah utk mengenepikan tuduhan berjuburnya itu. Tapi tak dilayan. Biarlah undang-undang menentukan..
BalasPadamSo, bila permintaan tak dilayan al-juburi pusing ceritalah, apa lagi. Lepas ni siaplah dia akan retaliate, sebar fitnah sana sini..
Al juburi dgn kisah berjuburnya..inilah dia pujaan ahli PR/PKR..
Setakat jam 3 petang tadi hanya sekitar 63 peratus sahaja yang keluar mengundi.
BalasPadamCalon BN Rohaizat Othman melihat Perkembangan yang positif yang disaksikan memberi keyakinan kepada saya untuk meraih sokongan pengundi, sekali gus merampas semula kerusi ini
"BN telah menjelaskan hasratnya membantu rakyat dengan menyediakan pelbagai kemudahan asas dan infrastruktur yang dikehendaki selain keperluan lain yang diperlukan di sesuatu kawasan.
http://darulehsantoday.blogspot.com/2009/08/update-dari-permatang-pasir.html
lubang jubur pujaan hati ku,kah kah kah
BalasPadam