script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Eksklusif: Dato' Fauzi Mahukan Supaya Kerajaan Dapat Buat Siasatan SecaraYang Lebih Telus Dan Adil Terhadap Insiden Kematian Teoh Beng Hock

KUANTAN - Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman (foto), malam tadi menegaskan bahawa kerajaan akan menghadapi tindakan yang lebih drastik daripada rakyat sekiranya kes kematian Mendiang Teoh Beng Hock tidak ditangani dengan betul. "Mana mungkin anak muda yang akan berkahwin keesokkan harinya akan membunuh diri secara suka-suka tanpa ada sebab musabab. Sedangkan ketika itu beliau berada dalam jagaan dan siasatan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Bukankah ini menimbulkan kekeliruan dikalangan rakyat, tambahan pula agak menakjubkan manusia yang jatuh dari tingkat 13 sebuah bangunan tiba-tiba mayatnya dijumpai tanpa percikan darah dan kecederaan yang serius. Bukankah ini satu bukti jelas yang terdapat unsur jenayah dalam kes ini sebenarnya. Oleh itu, kerajaan perlu melakukan siasatan yang adil dan telus untuk mencari siapakah individu yang telah melakukan kejam terhadap Teoh itu" katanya. "Mungkin hari ini ia berlaku kepada Teoh, tetapi bayangkan jika satu hari nanti ia berlaku pula kepada menteri-menteri atau isteri-isteri mereka. Rakyat yang sudah hilang pertimbangan pasti sanggup melakukan apa sahaja bila melihat tiada keadilan ditegakkan dalam kes ini" tambah Dato' Fauzi lagi. Beliau berkata demikian dalam ceramanya di Air Putih Kuantan bersama Datuk Chua Jui Meng malam tadi.

"Banyak keraguan yang timbul sebenarnya dalam kes ini, bahkan rakyat tidak boleh menerima kenyataan sekiranya keputusan inkues membukti bahawa kematian Teoh kerana dua sebab iaitu pertama membunuh diri dan kedua terjatuh dari bangunan Mas Alam yang menempatkan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia negeri Selangor itu. Jika dia bunuh diri atau terjun sekali pun, kenapa tiada kesan percikan darah pada mayatnya?. Bayangkan jika kita membuang seekor tikus atau kucing dari tingkat 13 itu sekali pun, sudah pasti akan ada kesan darah dan sebagainya. Inikan pula bila ia berlaku kepada seorang manusia. Malah, kecederaan luar pun tiada seperti kenyataan pihak polis. Bukankah ini sesuatu yang amat menakjubkan dan merupakan sejarah sebenarnya. Oleh itu, kerajaan tidak perlu untuk berdolak dalih dan menutup kes ini dengan sewenang-wenangnya. Jika tidak, sudah pasti rakyat akan terus bangkit untuk menuntuk keadilan dan juga kebenaran", tambah Dato' Fauzi. Dalam pada itu, beliau turut menegaskan bahawa kekuatan UMNO dan BN kini kian hancur dan lumpuh dek kerana suara rakyat yang mahukan perubahan. Dimana-mana kini rakyat sudah muak dan jelek dengan kerakusan puak-puak UMNO dan BN merompak wang mereka dengan sesuka hati. Oleh itu rakyat perlu pastikan bahawa BN dijatuhkan dalam pilihanraya umum ke-13 akan datang. Pastikan ketuanan rakyat tertegak di Bumi Malaysia yang tercinta ini hendaknya.

[Dato' Fauzi juga ada menyebut bahawa beliau kemungkinan besar akan bertanding di Parlimen Paya Besar dalam pilihanraya umum akan datang. Jika ini berlaku dan beliau menang seperti Fuziah dan Azan, bermakna harapan beliau untuk kembali bersuara di parlimen pasti akan terlaksana. Kemungkinan besar juga beliau akan bertanding di dua kawasan, satu di parlimen dan satu lagi di dewan undangan negeri. Ini bagi membolehkan beliau turut mengambil alih jawatan Menteri Besar Pahang selepas ini. Dalam pada itu, Dato' Fauzi juga ada menegaskan bahawa Pakatan Rakyat sebenarnya bukan untuk mengambil alih kerajaan, tetapi Pakatan Rakyat sedang berusaha untuk membentuk kerajaan yang baru yang lebih telus dan adil buat seluruh rakyat. Di Pahang, ternyata Parti Keadilan Rakyat pimpinan beliau semakin kuat dan utuh kini. Banyak agena rakyat telah dilaksanakan dan kini PKR telah diterima oleh segenap lapisan masyarakat, baik di kawasan felda, kampung, penempatan orang asli dan sebagainya. Kekuatan inilah yang bakal merubah iklim politik di bumi Pahang Darul Makmur selepas pilihanraya umum ke-13 nanti sebenarnya].

Share:

9 ulasan:

  1. Ketuanan Allah Taala mengatasi ketuanan rakyat. Rakyat adalah hamba Allah.

    BalasPadam
  2. Sejak bila pulak si Fauzi ni nak jadi hero nasional. Buat kenyataan basi...begitulah karakter seorang pemimpin yg kecewa kerana gagal utk mendapat faedah/habuan peribadi semasa dlm. UMNO dulu.

    Si Fauzi ni dah basi dah.. semua orang tahu asas perjuangan beliau yg hanya utk kepentingan peribadi yg kemaruk kuasa..

    Tak payahlah Fauzi. Hang dah basi!

    BalasPadam
  3. bodoh punya fuazi,ni dikatakan melayu celaka,budak tu saksi bukan di tuduh pasal apa sprm nak bunuh dia,lepas tu dah ada anak harap pulak ,,bila orang yang buat maksiat sebelum kawin tak perlu kita sonkong dia ,dia memang budak jahat batai anak orang sampai bunting ,melayu celaka kalau sokong macam ni punya manusia

    BalasPadam
  4. sapa kata tak ada sebab musabab. si fauzi ni saja buat buat tak tahu pulak. tanya la tunang dia. mesti dia tahu sebabnya. geli ketiak aku si fauzi ni...he he he...

    BalasPadam
  5. sapa kata tak ada sebab musabab. si fauzi ni saja buat buat tak tahu pulak. tanya la tunang dia. mesti dia tahu sebabnya. geli ketiak aku si fauzi ni...he he he...

    BalasPadam
  6. Tak apa lah kalau Fauzi ni tak senonoh masa dulu asal kan dia dah insaf dan dah berubah jadi baik sokong orang macam ni daripada dok sokong pemimpin Ameno yang tak pernah tau bertaubat, hidup dalam kemaksiatan, makan minum anak bini dengan duit haram hasil rompakan duit rakyat. Mereka ni selamat sebab semua ketua badan penguatkuasa msia ni sama macam pemimpin malaysia juga RASUAH sebab slogan negara pun KEPIMPINAN MELALUI TAULADAN.

    BalasPadam
  7. kepada post :Wednesday, August 12, 2009 10:14:00 AM


    ohh kalau masik PKR tu makna nya dia dah jd org baik dan dah insaf yer?... jadi parti2 lainsemua org yg berdosa dan jahat? siapa yg ajar tuan? jgn suka2 buat fitnah, bayangkan berapa ramai yg tuan katakan itu,kalau tuan silap sangup jumpa sorg2 minta maaf?

    jangan sebab ikut perasaan dosa pun dah tak kenal... belum tentu PKR baik begitu juga pada yg lain2
    JGN PANDAI2 NAk tentukan Baik Jahat org kalau celah kain sendiri pun belum tentu baik!

    BalasPadam
  8. knapa kita msih meragui keiklasan d Fauz tu?Cakap benar jangan cpat buat tuduhan.Fauzi perpandangan jauh dn matang dlam politik.dah knal yg mana intan dn kaca.syabas Fauzi dah sdar dn insaf.yang lain bila nak sdar kepalsuan pemimpin amano dn kuncu@

    BalasPadam
  9. Islam menyeru kepada kebaikan dan menyokong kepada yang insaf. Kalau kita sokong kejahatan dan mengutuk orang yang dah insaf bermakna kita menggalakan kejahatan dan kezaliman. Jangan lah kerana nak cari makan kita hilang pertimbangan.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Wan Rosdy Tunjuk Surat Bukti, Komitmen FGV Holdings Berhad (FGV) Bayar Premium Tanah RM72.364 Juta Kepada Pahang 30 Nov Ini

KUANTAN: Kerajaan Negeri Pahang tegas berpegang dengan komitmen secara bertulis FGV Holdings Berhad (FGV) berhubung pembayaran tunggakan pre...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.