KUANTAN - Biarpun hujan agak lebat turun, namun orang ramai tetap membanjiri ceramah perdana Pakatan Rakyat bagi mendengar ucapan sulung Naib Presiden MCA, Datuk Chua Jui Meng (foto) di sini malam tadi. Chua yang tiba selepas mengadakan ceramah di Kemaman Terengganu itu, telah memukau hadirin dengan beberapa hujjah bernasnya terutamanya tentang keperluan untuk kaum Cina berubah dan membuat reformasi untuk menyokong Pakatan Rakyat. Chua juga mendedahkan bahawa sememangnya sudah lama beliau berhasrat untuk membawa perubahan ketika di dalam MCA. "Saya ditolak dua kali oleh perwakilan MCA ketika menawarkan diri untuk merebut jawatan Presiden. Ini kerana saya beberapa kali mendesak dan menyarankan agak MCA membuat ketetapan untuk keluar dari BN jika perangai beberapa kerat pemimpin UMNO tidak berubah. Pemimpin yang mengamalkan rasuah, korupsi serta penyelewengan dan menipu rakyat harus ditolak bulat-bulat" katanya. Malah beliau turut menegaskan telah membuat satu resolusi agar semua menteri, timbalan menteri, exco dan wakil rakyat MCA meletakkan jawatan jika UMNO tidak berubah dan terus membohongi rakyat. Namun saranan itu ditolak, dan MCA tidak memerlukan beliau. Maka itu akhirnya beliau telah ditolak perwakilan MCA ketika bertanding jawatan berkenaan.
Sementara itu, Chua juga menegaskan bahawa penyertaan beliau ke dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) dibuat setelah mendapati manifesto PKR yang diilhamkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim itu sama dengan aspirasi yang dibawanya terhadap MCA. Beliau telah diberikan manifesto tersebut dalam pertemuan sulitnya dengan Anwar dan akhirnya membawa kepada kemasukan beliau dengan rela hati ke dalam PKR. "Sudah lebih 33 tahun bersama MCA dan kemudian memegang berbagai jawatan di dalam kerajaan, termasuk paling lama menjawat jawtaan Menteri Kesihatan makanya saya merasa memang satu kejutan besar bila membuat keputusan untuk meninggalkan MCA dan Barisan Nasional. Namun, demi perubahan dan reformasi buat rakyat maka saya rela meninggalkan segalanya. Kini barulah saya merasa bebas dan puas untuk bersuara dan menyatakan pandangan kepada rakyat tanpa perlu berselindung lagi seperti semasa dalam kerajaan dulu" tambah Chua lagi sambil mendapat tepukan gemuruh dari kalangan hadirin yang hadir. Chua juga berkata bahawa kini zaman politik perkauman sudah tidak relevan lagi buat rakyat Malaysia.

Bukti, Onn Jaafar datuk kepada Hishamuddin yang mengajar orang
Melayu tentang hak-hak untuk berhimpun secara aman

Rakyat sudah berubah, dan kiranya mereka ingin terus maju dan kehadapan mereka perlulah meyokong parti politik berbilang kaum seperti PKR dan Pakatan Rakyat. "Tsunami politik yang melanda BN dalam pilihanraya umum ke-12 lalu telah membuktikan segalanya. Malah mereka ditolak oleh sebahagian besar rakyat di semenanjung Malaysia. Bayangkan Pakatan Rakyat menang hampir dikesemua ibu negeri di Semenanjung Malaysia kecuali Kangar dan Johor sahaja. Malah lebih parah lagi buat BN, mereka hanya menang satu kerusi parlimen daripada sebelas yang dipertandingkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Bukankah ini satu bukti kukuh yang rakyat sebenarnya telah menolak UMNO dan Barisan Nasional. Mereka juga hanya mendapat 46% sahaja undi popular daripada rakyat" kata Chua. Ucapan Chua dengan penuh semangat itu mendapat tepukan gemuruh daripada rakyat yang tidak berganjak biarpun hujan lebat sekitar jam 11.00 malam. Dalam pada itu Chua juga mencabarkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishamuddin Hussin supaya melihat sejarah sebelum mengarahkan pihak polis "berperang dengan rakyat" ketika mereka mengadakan perhimpunan aman seperti Himpunan Mansuhkan ISA baru-baru ini.

Bukti, Onn Jaafar datuk kepada Hishamuddin yang mengajar orang
Melayu tentang hak-hak untuk berhimpun secara aman
"Siapakah Datuk kepada Hishamuddin?. Siapa lagi kalau bukan Onn Bin Jaafar. Bukankah beliau yang mengajar rakyat supaya berhimpun secara aman. Ketika tahun 1946 dulu beliau telah memimpin perhimpunan besar di Batu Pahat Johor bagi menolak Malayan Union. Namun, apakah pihak British menggunakan polis dan FRU untuk menganyang rakyat yang berhimpun secara aman ketika itu? Bukankah ini menunjukkan hak-hak untuk berhimpun secara aman bagi menyatakan protes rakyat itu telah termaktub didalam perlembagaan. Kenapa kini bila UMNO berkuasa, mereka menghalang pula rakyat berbuat demikian?. Malah tindakan menggunakan kekerasan termasuk pihak polis jelas bertentangan dengan amalan demokrasi itu sendiri. Ini juga membawa erti bahawa UMNO lebih teruk daripada pemerintahan British ketika di zaman sebelum merdeka dulu. Apakah Hishamuddin sedar apa yang berlaku ini sebenarnya!!" kata Chua dengan lantangnya. Ucapan Chua yang persis seperti Anwar itu telah berjaya menyuntik semangat hadirin yang hadir. Biarpun hujan, mereka berpuas hati kerana dapat bertemu dengan bekas Menteri Kesihatan itu. Turut berceramah dan hadir pada malam tadi ialah Dato' Fauzi Abd Rahman (Pengerusi Perhubungan PKR Negeri), YB Azan Ismail (Ahli Parlimen Indera Mahkota), YB Fuziah Salleh (Ahli Parlimen Kuantan), YB Leong Ngah Ngah (ADUN DAP Triang) dan Dr.Hamzah Jaaffar (Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang), YB Tuan Syed Lonik (ADUN Beserah), Saudara Ram (Timbalan Pengerusi PKR Pahang) dan Saudara Nasron (Yang DiPertua PAS Indera Mahkota).
[Adalah difahamkan ceramah malam tadi turut dipantau oleh Ketua Polis IPD Kuantan iaitu Tuan Jasmani sendiri. Kerjasama pihak polis amat baik sekali dan pihak penganjur juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak polis Kuantan pada malam itu. Walau bagaimana pun penganjur dilarang memasang skrin layar, speaker yang kuat dan juga khemah. Pun begitu, khemah telah dipasang lebih awal lagi dan menimbulkan konflik kerana permit hanya diluluskan untuk ceramah di dalam premis restoran yang berkenaan. Namun begitu, pihak polis didapati tidak menganggu kelancaran program dan ceramah berakhir sekitar jam 11.30 malam seperti dijadualkan. Krew PDO yang berada dilokasi sempat memantau suasana di sekitar kawasan ceramah. Sesungguhnya orang ramai tidak berganjak biar pun hujan lebat turun di penghujung program berkenaan. Namun begitu, mungkin kerana promosi yang agak sederhana menyebabkan ramai rakyat yang tidak mendapat maklumat jelas tentang program berkenaan. Oleh itu, kami amatlah berharap kepada Pakatan Rakyat Pahang agar dapat memberikan maklumat ceramah dan aktiviti untuk disiarkan di laman eksklusif sini. ].

Juming sudah tak laku dalam masyarakat Cina. Hero Cina adalah DAP. PKR adalah hero orang India. Dan Umno hero Melayu. Pas syouk sendiri. Yang undi Pas sehingga menang adalah bukan Islam yg anti BN. Harap Pas cepat sedar diri dan jangan berlagak macam ia popular sangat.
BalasPadamSapa kata UMNO hero Melayu? hahahha..meraban lar engko nii.. umnno dah hapuskan byk tanah2 org Melayu..yg tinggal hanya Keretapi Tanah Melayu jer wey..ada hati UMNO bela Melayu..UMNO yg jual tanah2 org Melayu kat Cina MCA...engko ni tak guna otak nak cakap..PAS bukan utk Melayu dan bangsa lain..tapi PAS untuk ISLAM...itu pun engko tak reti ker...pencacai karat..hahahha
BalasPadamumno jadi hero melayu....hero dadah,hero mat rempit,hero bohsia,her arak,hero hiburan ,hero zina,hero ponteng sekolah,hero dan hero....the king of hero..ummeno la...bangang!
BalasPadamCJM ni pun dah basi. Kenyataan dibuat semata-mata nak melepaskan dendam dan kekecewaan..hang dah basi dah CJM. Your statements has no substance..
BalasPadamYg peliknya puak2 PR/PKR ni rela jadi pak sanggup menjulang orang2 basi spt CJM. Bukan kerana apa, kerana kemarukkan kuasa. Mereka tak sedar bahawa CJM pernah menentang DEB dan hukum hudud dan negara Islam. Sekarang CJM dah dijulang dan dipuja oleh juak2 PR/PKR. Jilatlah ludah kafir babi tuh.....
another pig in the pig-staye
BalasPadamyes I LIKE IT NHONG,NHONG,,DAPigs
BalasPadamberapa ratus ribu yang datang dengar ceramah CJM tu...
BalasPadamUMNO hero Melayu
BalasPadamThat's some bullshit there
Dah lebih 50 tahun UMNO memimpin Malaysia yang tercinta ini. Bukan kah terbukti UMNO HERO MELAYU? UMNO telah berbuat segalanya untuk kebaikan Melayu. Habis dah harta harta rakyat Melayu/Malaysia kami jual. Kami beli kapal selam dan jet pejuang pun yang jenis mahal punya, tiga kali lebih mahal dari harga biasa, semuanya demi mempertahan kekeke daulatan Melayu dengan lebih canggih lagi.Sekarang ni, Melayu dah tak perlu susah susah nak fikirkan hal masa depan mereka, semuanya pemimpin UMNO dah bereskan. HIDUP UMNO, HIDUP MELAYU (dalam kepapaan)
BalasPadamTiada parti lain yg memerintah malaysia sejak merdeka selain umno, jadi segala apa yang berlaku hari ini ialah hasil tangan tangan umno, kalau baik hasilnya, kerja umno, kalau buruk pun kerja umno. Hari ini lebih teruk dari zaman british, british beri biasiswa untuk melayu tapi umno beri pinjaman pelajaran, dah habis belajar, tak dapat kerja yang sempurna, tak dapat bayar pinjaman pelajaran, dibangkrapkan oleh kerajaan, ini kerja membazir. Melayu makin hari makin kebelakang dalam semua hal kecuali dalam hal hal menagih dadah, merokok, zina, pelacuran, gro, jadi kuli,rasuah, jual negeri dan yang paling teruknya dan yang menjadi ibu segala perkara negatif ialah menjadi pencacai ameno.
BalasPadamMarilah kita cuba tukar untuk sekali, kalau tak baik juga, kita tukar balik yang penting mesti tukar kerajaan PUSAT.TUKARLAH UNTUK KEBAIKAN.
Tukar kerajaan utk kebaikan si al-juburi?? rentikanlah..jahanam lagi negara ini adalah.
BalasPadam