
PAYA BESAR - Biar pun sudah berbagai usaha dilakukan oleh kerajaan dalam memastikan hasil mahsul negeri ini tidak jatuh kepada "perompak" dengan sesuka hati. Namun ternyata ia dipandang sepi oleh pihak-pihak berkenaan. Umum mengetahui bahawa negeri Pahang ini, yang cukup kaya dengan hutan belantara kini dijadikan "habuan rompakan balak secara berhemah" oleh pihak-pihak yang berkepentingan. Sudah saban kali kita melihat dan mendengar tentang kes kecurian balak yang berlaku di negeri ini sebenarnya. Sangkaan kita, isu ini akan selesai bila ada pasukan khas yang ditubuhkan bagi memantau keadaan tersebut. Namun, ia ternyata meleset bila manakes-kes sebegini terus berlaku saban hari, saban bulan malah saban tahun. Perompak balak di Pahang bebas melakukan apa sahaja, seolah-olah mereka mendapat sokongan dan "lampu hijau" daripada mereka yang berkuasa. Hasilnya, hutan balak terus dicerobohi dengan rakusnya tanpa belas kasihan. Hutan yang sepatutnya menjadi khazanah alam untuk dinikmati oleh anak cucu dan generasi akan datang terus ditarah demi keuntungan yang bakal dikecapi. Segala undang-undang dan peraturan dipersetankan. Malah, terdapat maklumat bahawa ramai Wakil Rakyat UMNO dan BN Pahang sendiri yang menjadi "mastermind" kepada rompakan balak ini sebenarnya. Malah, bagi mengelirukan rakyat mereka akan melaporkan kepada polis dan memanggil pihak media selepas beribu-ribu hektar balak dikeluarkan.
Maka, pihak media pun melaporkan bahawa polis berjaya menahan lori dan jentera yang digunakan untuk merompak balak itu. Terpampanglah di kaca TV tentang tangkapan ini. Namun, hanya beberapa buah lori balak sahaja yang dipaparkan sebagai menunjukkan keperihatinan dan kejayaan. Sebaliknya, beratus-ratus hektar lagi tidak didedahkan kerana masing-masing sudah disuap dan disogok dengan wang !! Inilah hakikat yang berlaku sebenarnya. Hasilnya, biarpun pihak polis telah berjaya menangkap penjenayah serta semua jentera dan alat kelengkapan membalak itu. Namun, hingga kini tidak ada mana-mana pendakwaan yang dibuat terhadap perompak balak itu di mana-mana mahkamah di Pahang ini. Maknanya, tangkapan itu dibuat sebagai syarat kononnya kerajaan prihatin dan melakukan kerja. Walhal kerja yang dilakukan sudah disediakan dengan habuan untuk menutup mulut. Inilah yang terjadi, dan sebab itu juga ramai yang pelik bila laporan tangkapan pencuri balak disiarkan dan jentera dirampas oleh pihak polis. Namun, andainya kita pergi ke balai polis yang dimaksudkan memang sungguh menakjubkan bila tidak terdapat langsung jentera yang disita itu di balai terbabit. Kerana apa ini berlaku, kerana penjenayah berkenaan awal-awal lagi sudah "kautim atau berunding" dengan orang atasan terutamanya pemimpin UMNO setempat untuk melepaskan diri mereka daripada hukuman.

Siap untuk dihantar ke kilang, siapakah dalang semua ini sebenarnya?
Khazanah rakyat untuk dinikmati oleh generasi akan datang musnah
Balasannya memang sungguh menakjubkan. Puak-puak UMNO ini pula, sanggup merompak balak kerana mereka tahu jika dipohon sekali pun prosesnya agak lambat. Malah, belum tentu MB Pahang akan meluluskan kawasan terbabit atas alasan mereka sudah menerima imbuhan dan kawasan ban balak beberapa kali sebelum itu. Akhirnya, langkah terdesak untuk mengaut untuk yang singkat maka mengarahkan proksi-proksi mereka iaitu "Sawmill @ kilang papan" yang berdekatan untuk menebang balak sesuka hati menerusi pintu belakang. Malah, kerja-kerja terkutuk itu berjaya dilakukan dengan tenang dan selamat bila disediakan pula dengan kawalan keselamatan di laluan masuk kawasan balak yang dirompak itu. Akhirnya hutan-hutan balak di negeri Pahang terus musnah dirompak oleh beberapa kerat individu yang kononnya mengaku membela nasib orang Melayu dan berjuang untuk bangsa dan agama. Hakikatnya, mereka hanya ingin mengenyangkan "tembolok" mereka semata-mata. Terbaru, difahamkan satu kes curi balak kini sedang aktif berlaku dihadapan hutan simpan milik Kementerian Belia dan Sukan dekat sini. Lokasi kawasan yang terletak berhadapan dengan Kolej Komuniti Paya Besar di Gambang itu adalah kawasan larangan kerana terdapat papan tanda "Dilarang Menceroboh, Tanah Milik Kementerian Belia dan Sukan". Namun anehnya, pencerobohan tetap juga berlaku biarpun sudah berbagai halangan dibuat. Justeru itu, diharapkan agar pihak yang berkenaan dapat mengambil perhatian perkara ini. Jika tiada tindakan, maka sudah pasti mereka yang menceroboh itu akan terus bermaharajalela dan rakus merompak hasil mahsul negeri ini. Patutlah bila dibentang belanjawan negeri, Bajet negeri senantiasa mengalami defisit. Ini kerana ketirisan itu gagal untuk dikesan dan diperbetulkan oleh kerajaan UMNO dan Barisan Nasional sejak dulu, kini dan selamanya.
[Sebenarnya, banyak lagi kejadian seperti ini yang berlaku di seluruh negeri Pahang. Semuanya gagal untuk dibenteras dek kerana kekurangan pegawai penguatkuasa Jabatan Perhutanan Negeri. Difahamkan tahun lalu sahaja, tidak sampai pun 10 orang pegawai ranjer hutan yang ditempatkan di jabatan terbabit. Bayangkan, dengan keluasan hutan di Pahang ini maka mana mungkin jumlah seramai itu boleh menjaga keseluruhan kawasan hutan berkenaan. Itu pun belum termasuk rondaan dengan menggunakan helikopter terhadap hutan-hutan terbabit. Akhirnya, penjenayah berjaya melakukan kerja rompakan siang dan malam tanpa merasa takut. Apatah lagi bila ditambah dengan sokongan wakil rakyat setempat, yang juga cukup berselera untuk mendapat habuan dengan hasil balak itu nanti. Tanyalah kepada mana-mana pemimpin UMNO baik diperingkat bahagian dan cawangan sekarang ini. Bila mereka memegang jawatan, maka langkah pertama ialah memohon ban balak dan memperkayakan diri mereka sendiri. Barulah selepas itu berfikir untuk berjuang kerana rakyat].
Maka, pihak media pun melaporkan bahawa polis berjaya menahan lori dan jentera yang digunakan untuk merompak balak itu. Terpampanglah di kaca TV tentang tangkapan ini. Namun, hanya beberapa buah lori balak sahaja yang dipaparkan sebagai menunjukkan keperihatinan dan kejayaan. Sebaliknya, beratus-ratus hektar lagi tidak didedahkan kerana masing-masing sudah disuap dan disogok dengan wang !! Inilah hakikat yang berlaku sebenarnya. Hasilnya, biarpun pihak polis telah berjaya menangkap penjenayah serta semua jentera dan alat kelengkapan membalak itu. Namun, hingga kini tidak ada mana-mana pendakwaan yang dibuat terhadap perompak balak itu di mana-mana mahkamah di Pahang ini. Maknanya, tangkapan itu dibuat sebagai syarat kononnya kerajaan prihatin dan melakukan kerja. Walhal kerja yang dilakukan sudah disediakan dengan habuan untuk menutup mulut. Inilah yang terjadi, dan sebab itu juga ramai yang pelik bila laporan tangkapan pencuri balak disiarkan dan jentera dirampas oleh pihak polis. Namun, andainya kita pergi ke balai polis yang dimaksudkan memang sungguh menakjubkan bila tidak terdapat langsung jentera yang disita itu di balai terbabit. Kerana apa ini berlaku, kerana penjenayah berkenaan awal-awal lagi sudah "kautim atau berunding" dengan orang atasan terutamanya pemimpin UMNO setempat untuk melepaskan diri mereka daripada hukuman.

Siap untuk dihantar ke kilang, siapakah dalang semua ini sebenarnya?
Khazanah rakyat untuk dinikmati oleh generasi akan datang musnah
[Sebenarnya, banyak lagi kejadian seperti ini yang berlaku di seluruh negeri Pahang. Semuanya gagal untuk dibenteras dek kerana kekurangan pegawai penguatkuasa Jabatan Perhutanan Negeri. Difahamkan tahun lalu sahaja, tidak sampai pun 10 orang pegawai ranjer hutan yang ditempatkan di jabatan terbabit. Bayangkan, dengan keluasan hutan di Pahang ini maka mana mungkin jumlah seramai itu boleh menjaga keseluruhan kawasan hutan berkenaan. Itu pun belum termasuk rondaan dengan menggunakan helikopter terhadap hutan-hutan terbabit. Akhirnya, penjenayah berjaya melakukan kerja rompakan siang dan malam tanpa merasa takut. Apatah lagi bila ditambah dengan sokongan wakil rakyat setempat, yang juga cukup berselera untuk mendapat habuan dengan hasil balak itu nanti. Tanyalah kepada mana-mana pemimpin UMNO baik diperingkat bahagian dan cawangan sekarang ini. Bila mereka memegang jawatan, maka langkah pertama ialah memohon ban balak dan memperkayakan diri mereka sendiri. Barulah selepas itu berfikir untuk berjuang kerana rakyat].






Saturday, August 8, 2009
BalasPadamULAMAK PAS, ULAMAK DAP
Sumber: Brave Heart
Fatwa: Beer bukan Arak
Nyata bahawa PAS tidak berkuasa dan gagal bersuara dalam Pakatan Rakyat bahkan mereka dengan hinanya dipermainkan oleh DAP. Rakyat melihat bahawa rendahnya taraf ulamak dalam PAS yang dengan mudah disamakan dengan bebrapa tokoh politik dari DAP.
Bangsa asing telah bukan saja merendah dan menghina Islam yang PAS perjuangkan bahkan mencabar PAS yang nyatanya tidak langsung berani bertindak. Mereka hanya berani menyalahkan UMNO dalam semua hal tetapi 'hilang telor' bila berhadapaan dengan DAP.
Kita tidak persoalkan maruah PAS yang dihina DAP tetapi kita persoalkan maruah Agama Islam yang sengaja disinggung oleh kafir harbi sahabat karib PAS itu. Apakah kita masih melihat PAS benar-benar memperjuangkan Agama Islam? Saya lebih melihat bahawa ulamak-ulamak dalam PAS hanya perjuankan diri dan kepentingan politik parti mereka saja.
Bahawa sebenarnya PAS telah gagal perjuangkan Agama Islam sepertimana yang mereka canangkan, lantaran itu kita harus kembali kepada UMNO untuk meneruskan memperjuangkan bangsa Melayu dan mengangkat martabat Agama Islam di negara kita ini. Janji kosong PAS penuh dengan retorik dan kepalsuan semata-mata.
Ulamak PAS berdiam diri. Apakah bererti mereka juga menyetujui fatwa bahawa beer itu bukan arak? Jika tiada bantahan dari mereka bermakna mereka bersetuju dengan kenyataan itu. Masihkah kita mahu menyokong PAS yang mengkafirkan UMNO satu ketika dulu tetapi menganggap DAP sebagai saudara?
...Dia menyentuh mengenai pendirian Mufti Selangor baru, Sheikh Ronnie Liu bahawa beer bukan arak.
"Tak lama lagi, PAS akan tukar laungan kepada Take Beer! Take Beer!" (Klik ke Blog Husin Lempoyang)
...Jeff Ooi pula mengaitkan "Syariah Islam sebagai ekstremis" semasa pertelingkahan beliau dengan Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Mohd Razali Abdullah. Satu kenyataan yang sangat sensitif dan menjatuhkan maruah Islam serta menunjukkan yang beliau sangat anti Islam
Namun dalam isu Jeff Ooi ini, Dewan Pemuda PAS pusat, melalui ketuanya Nasarudin Hasan hanya mahukan supaya beliau menarik balik kenyataan atau memohon maaf secara terbuka. (Klik ke Blog Puakumbu antara blog dari Pahang yang perlu diberikan perhatian kerana tulisan nya yang menarik)
Salam tuan. Tolong update url bloglist malaysia yang baru di bloglist tuan. Terima kasih..
BalasPadamhttp://bloglistpolitik.blogspot.com/
Kecurian balak ni bukannya sebatang dua tapi berlori lori.Mustahil kerajaan negeri tak perasan atau merekalah ketua perompak.
BalasPadamApalah lu bengong Ronie liu tu kafir tentulah dia kata undang 2syariah tu exstremis TAPI yang masalah nya mengaku ISLAM tapi tolak hukum islam nie yang bahaya, yang kita dok tentang....
BalasPadamMengaku Islam Tapi bab nak laksana undang-undang islam tak mau...ni jenih pemimpin umno....