
SUNGAI SIPUT, 24 Ogos [5.45 pm] - Kartika Sari Dewi Shukarno (foto), 32, yang sepatutnya dibawa ke Penjara Wanita Kajang bagi menjalani hukuman sebat kerana meminum arak, dibebaskan pagi tadi. Seorang pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) berkata, perintah tahanan terhadap wanita itu tidak boleh dilaksanakan. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada hukuman itu dibatalkan atau ditangguhkan. Kartika Sari yang kelihatan terkejut dengan keputusan itu, bagaimanapun enggan keluar dari van JAIP dan mendesak supaya beliau dibawa untuk menjalani hukuman. Bapanya, Shukarnor Mutalib, berkata sebarang perubahan hukuman hanya akan mempersendakan Islam. Kartika dijatuhkan hukuman maksimum enam sebatan dan denda RM5,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan selepas mengaku salah minum arak di pusat hiburan di Cherating, dua tahun lalu. Sebelum itu, tiga pegawai JAIP datang menjemput Kartika di rumah ibu bapanya di sini dengan sebuah van. Kartika ditemani kakaknya iaitu Kartina Sari Dewi. “Saya terkejut tapi saya tetap dengan keputusan saya. Cuma sekarang saya hendak tahu kedudukan saya dan jangan buat saya seperti bola” demikian reaksi Kartika terhadap penangguhan hukuman sebat terhadapnya yang sepatutnya dilakukan hari ini atas kerana kesalahan meminum arak. Sementara itu di Kuantan hari ini, Pengerusi Jawatankuasa Dakwah dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Pahang, Datuk Mohd Sahfri Abdul Aziz memberitahu pemberita bahawa penangguhan hukuman itu disebabkan arahan Jabatan Peguam Negara bagi menghormati bulan Ramadan.
Pendakwa Tidak Tahu Hukuman Sebat Tangguh
Pendakwa Tidak Tahu Hukuman Sebat Tangguh
KUANTAN 24 Ogos - Ketua Pendakwa Syarie Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Datuk Abdul Rahim Jaafar hari ini terkejut dan tidak tahu menahu mengenai penangguhan hukuman sebat terhadap seorang peragawati, Kartika Sari Dewi Shukarnor yang didapati bersalah minum arak di tempat awam baru-baru ini. Menurut beliau, pihaknya tidak menerima sebarang arahan daripada mana-mana pihak supaya hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewi ditangguhkan. Jika mahu ditangguh atau dibatalkan, tegas beliau, ia haruslah diputuskan oleh mahkamah, bukan boleh ditarik begitu sahaja
[Sebenarnya memang sah terdapat campur tangan pihak atasan yang mana menyebabkan Kartika tiba-tiba dibebaskan. Sungguh memalukan, undang-undang Islam yang mahu dilaksanakan akhirnya disekat di saat-saat akhir. Kartika pasti akan disanjung sebagai pahlawan bagi mereka yang memang terlibat dalam aktiviti maksiat termasuk minum arak ini. Kejadian yang berlaku di Cherating itu adalah perkara biasa bagi orang Melayu di situ. Malah di Pahang jika ditinjau ke pusat-pusat hiburan dan pelancongan yang lain seperti Genting Highlands dan sebagainya memang lebih ramai lagi orang Melayu beragama Islam yang minum arak. Apabila hukuman terhadap Kartika dibatalkan, maka impaknya sudah pasti orang Melayu sudah berani untuk meneguk arak tanpa segan silu lagi selepas ini. Kehancuran generasi muda pasti akan berlaku di mana-mana dan kerajaan harus dipertanggungjawabkan kerana gagal menguatkuasakan undang-undang syariah yang telah termaktub. Kartika bakal mendapat publisiti meluas setelah kes beliau mendapat perhatian masyarakat sekarang ini. Apapun kami amatlah hairan dengan tindakan JAIP ini, apakah mereka menerima tekanan? Atau mungkin juga Ketua Wanita UMNO, Sharizat Jalil yang telah memainkan peranan pembebasan beliau ini?. Biar pun ia ditangguhkan, namun kita yakin akhirnya Kartika akan dibebaskan dan didapati tidak bersalah bagi menutup kelemahan pihak terbabit].






sah ni keje Shahrizat. ni la UMNO. cmna ISLAM nk ditegakkan.
BalasPadamSekali imbas tidak padanan nk sebat kartika seorang sedangkan yg menegok arak berlambak lambak di lorong2 hitam sekitar kuantan.Dimana JAIP dimana orang yg mengaku islam haduri. Adilkah dgn sebat kartika dgn menutup mata jutaan peminum yg lain.
BalasPadamBeginilah kerajaan islam yang mengaku islam melaksanakan hukum islam sebenar. gerun nk sebat org zalim kejam dan mcm2 lg. dah muak dgn lakonan kerajaan islam haduri tajaan barisan nasional.diri sendri tunggang langgang nk bimbing org ikut ajaran islam sebenar blh ke...
Hentam sajalah BN asalkan dpt berkuasa selama lamanya cukup makan apa peduli pasal hukum hakam..nk minum lantaklah nk zina silakan nk bogel blh sgt sgt dimana anda berada hukuman tutup sebelah mata....
Shahrizat gerun dan kesian nk tengok wanita kena sebat dlm negara islam malaysia tercinta ini.hukuman sebat ini zalim aniaya kaum wanita bg pendapat sharizat
BalasPadameh bukan bebas/batal la, cuma tunda ketarikh yg lain.... hukuman tetap dijalankan. apadaaaa...
BalasPadamni pun alhamdulilah dah mula ada perubahan dalam sistem undang2, insyallah slow2 lama2 akan ke undang2 islam juga akhirnya
hari ni CNN pun ulas hal ni. Lihat ancaman dari semua sudut.UMNO ni barua pihak luar dan lebih sakit yang mendokong ketuanan rakyat pun mungkin barua mereka.Jom fikir !!
BalasPadamWahai saudara penulis blog, apakah niat sebenarnya menulis artikel ini? Bukankan sudah announce bahawa hukuman itu ditunda?
BalasPadamDalam bulan Ramadhan ini terutamanya, janganlah kita fitnah memfitnah. Yer, kita tak puas hati tapi apakah dengan memfitnah kita menjadi lebih baik?
Saya minta agar kita tak menunding jari tanpa BUKTI yang soheh. Jika tidak kita sendiri akan dimurkai ALLAH..
Wallahualam..
Selamat Berbuka dan Menjalani Ibadah Puasa..
Alahai saudara seagama saya. Kenapa la perlu nak tulis menda2 cmnie...kan ke fitnah ni.cuba la tulis menda2 berfaedah sikit..ini tidak, tulis benda yang xbetul, org yg bacer tanpa usul periksa pon percaya pulak. haih
BalasPadamsaudara tak de benda baik ke nak tulis,paham betul betul apa yang nak di tulis,org le ni bukan nye bodoh nak terima bulat bulat ,kalau hati dah berulat,yang baik di kata tak baik sedar lah ssaudara...
BalasPadamUmno nak tunjuk dia lebih islam daripada pas.Ye lah kat selangor,pas dah kawal jualan arak.Tambah pula majlis fatwa kat orang umno rasuah yang boleh masuk syurga sebetulnya.Tapi kena sergah kat soo kun terus kecut telur tak jadi sebat.
BalasPadamPoorah..malaun umngok.Nak tunjuk baik nasihat orang konon.Betul apa pdo tulis.Memang ada pihak yang campurtangan agar hukum islam ni tak dilaksanakan.
BalasPadamPergi nasihat puak2 korang kat blog umno nun yang dok sebar fitnah bulan2 posa ni.
pdo ngan kuncu2nya ni mmg tega utk mencari jalan ke neraka jahanam... dalam bulan baik ini pun nak adakan cerita tanpa bukti yg kukuh... membuat fitnah. Baik ke apa yg engko semua buat ni...Astafirullahazim. Rupanya syaitan yg diikat pun masih dapat lepaskan diri utk bergantung pada korang semua dalam bulan ramadhan ni...ini semua adalah dugaan Allah pada hambanya... sejauh mana keimanan kita utk menghalang diri kita daripada dikuasai oleh syaitan2 ini...
BalasPadamInilah negara 1Malaysia selepas era negara islam hadhari...
BalasPadamWAU KALAU GITU HEBAT LAH SHARIZAT,LEPAS NI DIA BOLIH TONNGEK KAN PKR,KAH KAH KAH
BalasPadamPihak yang meluluskan lesen arak, judi mesti dihukum sebat, mereeka lebih bersifat Syaitan Laknatulah.
BalasPadamAnon 9.56, bukan syaitan yg terlepas.. time bulan puasa ni syaitan memang tetap dikurung.. cuma, syaitan dah tak payah buat apa2 kat org2 macam ni.. sifat syaitan tu dah melekat dekat diri dia.
BalasPadammemang dalam bulan puasa ,setan semua kena ikat,tapi mana manusia yang buat kerja setan dalam bulan puasa mereka dah jadi setan lah tu,comfirmed,termasuk ,ahli politik yang maki hamun kat permatang pasir
BalasPadammemang dalam bulan puasa ,setan semua kena ikat,tapi mana manusia yang buat kerja setan dalam bulan puasa mereka dah jadi setan lah tu,comfirmed,termasuk ,ahli politik yang maki hamun kat permatang pasir
BalasPadamKepada blogger yang kurang siuman buatlah istighfar banyak2... ini kan bulan ramadan al mubarak jadi banyakan lah amal ibadat bukan mengumpat, memfitnah, janganlah ankara tangan yang kita sayangi nanti akan diberikan azab di neraka nanti... baliklah kepangkal jalan pintu taubat masih terbuka..percayalah qadak dan qadar segala apa yang berlaku tu ada hikmahnya yang tersembunyi..kita sebagai umat islam adalah bertanggungjawab segala apa kemungkaran yang berlaku di sekeliling kita...
BalasPadam