
Laporan media arus perdana hari ini (23 Ogos), memetik tentang dua orang pemimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Kedah Darul Aman, termasuk seorang anggota Exco Kerajaan Negeri mengumumkan keluar parti itu semalam. Mereka terbabit ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lunas, Mohd Radhzi Salleh (foto) yang juga Exco Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Tenaga Manusia. Beliau bagaimanapun mengekalkan jawatan Exco Kerajaan Negeri. Seorang lagi Pemangku Ketua Bahagian PKR Padang Serai, Jamaludin Abu Hassan. Serentak dengan itu, Jamaludin juga membubarkan seluruh jawatankuasa PKR bahagian Padang Serai. Pengumuman itu dibuat dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur, semalam oleh kedua-dua belas pemimpin PKR itu. Maka heboh dikaca TV sebentar tadi perihal PKR Bahagian Padang Serai dibubarkan. Terkadang terasa lucu melihat adengan dan sandiwara yang berlaku ini. Tambah memilukan ialah sidang akhbar itu dibuat di Kuala Lumpur. Apakah mereka ini sama seperti Osman Jailu dan Jamaluddin Razi, Exco Kerajaan Negeri Perak yang bertindak keluar dari PKR hingga menyebabkan kerajaan negeri dirampas oleh puak-puak UMNO dan Barisan Nasional. Apakah ini satu lagi strategi jahat yang dilakukan oleh UMNO bagi memastikan Pakatan Rakyat di Kedah tumbang, selepas mereka kecewa dengan kes di Selangor yang nampak menemui jalan buntu. Semua ini berlaku tatkala hari pengundian Pilihanraya Kecil DUN Permatang Pasir semakin menggamit. Apakah rakyat boleh percaya dengan laporan media arus perdana yang sudah diketahui sejak sekian lama sebagai penyebar fitnah dan propaganda kerajaan UMNO dan BN.
Terkini: Difahamkan Md Radzhi Salleh terpaksa keluar parti kerana takut kes "Claim" yang sungguh luar biasa, manakala Jamaluddin pula keluar kerana telah diberhentikan kerja akibat rekod personaliti beliau yang buruk. Menurut sumber, keluarnya mereka berdua dari PKR bagaikan nanah yang dipotong buang dari kaki. Jika dibiarkan lama kelamaan penyakit itu akan bertambah parah !![Persoalannya sekarang ialah kenapa pembubaran dan tindakan keluar parti dilakukan dua hari menjelang hari pengundian Pilihanraya Kecil DUN Permatang Pasir?. Tambahan pula, kenapa sidang media itu dilakukan di Kuala Lumpur dan bukan Alor Setar?. Apakah mereka ini juga telah termakan "gula-gula" habuan lumayan yang ditawarkan oleh UMNO kepada mereka?. Jika ini berlaku, maka kedua-dua pemimpin ini memang bukan pejuang sejati dan sama seperti Exco Perak yang durhaka dan khianat kepada rakyat itu. Apa sudah jadi kepada Parti Keadilan Rakyat sebenarnya. Darah perjuangan yang mengalir dalam tubuh pemimpin mereka masih belum sebati dan bersemangat seperti pemimpin PAS. Satu langkah drastik perlu diambil bagi memastikan perkara seperti ini tidak berlaku lagi pada masa akan datang. Biar apa pun yang diperkatakan oleh kedua-dua pemimpin PKR terbabit, rakyat lebih tahu yang sememangnya mereka dijanjikan kemewahan oleh pemimpin UMNO gara-gara tindakan yang dilakukan ini. Apakah insiden ini dapat merubah sokongan rakyat kepada PAS di Permatang Pasir. Apapun, tahniah juga diucapkan kepada kedua-dua pemimpin terbabit yang sanggup menjadi "kambing hitam" UMNO bagi menarik simpati rakyat kepada Barisan Nasional !].







PDO terima aje la hakikat bahawa pakatan telah tidak dipercayai... jgn kerana mereka ini keluar parti semuanya salahkan org lain.. mgkn nak bagi tahu dia org ni dah disuap la tu... mereka ni pun ada otak ...boleh pikir yg mana baik yg mana buruk.. so kat padang serai tu dah sah pemimpinnya teruk... dah la cam samseng... sapa nak caya lagi...bos besar pun mana? tu la elok dia org belah ...so terima kenyataan la ya... bulan posa ni kenala terima qada dan qadarnya secara terbuka k...
BalasPadamKESIAN LAH KAT PAKATAN RIOT NI TERUTAMANAYA PDO...KALAU ORG BN LOMPAT PARTI DIMEGAHKAN PLAK..KALAU PUAK DIA YANG LOMPAT ..HABIS SEMUA DIHINA DAN DIKEJI...
BalasPadamSYUKUR ALHAMDULILLAH..DAH NAMPAK PORAK PERANDA PEMBANGKANG YANG HANYA BERSELINDUNG DI SEBALIK PAKATAN..AKAN HANCUR DAN BERKUBUR TIDAK LAMA LAGI...KESIAN BARU SETAHUN MEMERINTAH DAH MACAM2 TERJADI..INI KES PELAKON HANDALAN GOBALA....SIAP BALUT HABISSSS
biasalah tu, umum kan tahu yang ahli2 pkr ni kebanyakannya asal usul dari umngok yang biasa hidup dalam kemewahan. Bila ditawarkan dengan sejumlah wang yang banyak membuatkan mata hati dah tertutup,tidak pula kita dengar Yb2dari pas yang bertindak sedemikian kerana mereka tahu amanah yang telah diberikan bukanlah untuk dijual beli dan sesungguhnya mereka beriman yang ada kehidupan yang kekal selepas kematian.
BalasPadamkah..kah..kah..kah..kah 1000x...Pakatan Kencing rakyat dah gelabah nampaknya......
BalasPadamkah kah kah,bila yb bn masuk pr heboh satu kampong ,dsai sarong kot ,kat yb tu,kah kah kah ,lepas tu lompat balek,sebab kot cendol,kot sankut,kot basi,padang muka kah kah kah
BalasPadamadakah apabila dsai war2kan 30 yb bn nak masok pr bukan satu pakatan jahat,adakah nasution dan tiang hwa ,pergi kejar yb bn di taiwan bukan ,perbuatan jahat,fikir2lah,siapa yang mula dulu.
BalasPadamkah kah kah yang masuk PR semua surat khabar lama ,zjaik ibrahim,chuah juling ,yb padang serai dan exco kedah surat khabar baru keluar PKR, KAH KAH KAH
BalasPadamApabila musibah berlaku dinegara ini semuanya angkara UMNO. Lebih-lebih lagi apabila musibah itu berlaku pada PKR sendiri. UMNO juga tetap disalahkan dan punca segala masaalah.
BalasPadamMEDIA arus perdana juga dipersalahkan. Secara umumnya semua yg berlaku adalah disebabkan sabotaj, konspirasi, rancangan jahat, dll. PKR tidak pernah ingin melihat akan kelemahan sendiri.
"Jika ini berlaku, maka kedua-dua pemimpin ini memang bukan pejuang sejati dan sama seperti Exco Perak yang durhaka dan khianat kepada rakyat itu." Begitulah kata PDO. Sebenarnya tidak ada perjuang sejati dikalangan ahli-ahli PKR. Kerana penubuhan parti itu hanya utk kepentingan DSAI Al Juburi..Yg berjuang hanya utk al juburi dan kepentingan-kepentingan peribadi dan etnik yg tidak sama sekali selari dgn perjuangan parti.
Tunggu dah lihat. Makin ramai yg akan meninggalkan PKR pada hari yg mendatang. Perkembangan ini adalah petanda baik tentang kesedaran dan keinsafan dikalangan pemimpin Melayu supaya kembali bersatu utk menghadapi kemusnahan ugama dan bangsa yg telah digadai golok oleh pemimpin PAS/PKR sendiri semata-mata utk mendapat kuasa.
Bila saya lihat dahi exco tu memang beliau YB yang tidak ikhlas, beliau tertekan dengan populiritinya akibat tindakan ahli parlimennya (itu katanya) sebenarnya beliau tidak mampu untuk semewah dalam UMNO. Beliau memberitahu x masuk mana-mana parti tapi kenyataannya menyokong DSNR dan kerajaan pusat jelas isi hatinya. Janganlah menyalahkan orang lain apabila membuat sesuatu sedangkan memang sudah lama beliau bercita-cita keluar parti.Beliau seolah-olah memainkan kepercayaan pengundi kawasannya selama ini dengan menyalahkan individu lain. Tapi yang pasti beliau memang menghajatkan sesuatu dan saya berharap satu hari nanti kita akan tahu jua sebabnya.Saya memang cukup benci YB yang melompat parti tidak kira parti apa kerana telah tidak berlaku jujur kepada pengundi kalau ingin bertindak deminkian beliau perlu menunggu pilihanraya umum akan datang.
BalasPadamwaktu yb tu dok dalam pkr dipuji di puja bagus... ni bila keluar aje terus kutuk... dah tu salahkan bn/umno pula.,, apola pdo ni.. tak faham la pemikiran engko ni... engko ni org apa ya
BalasPadam