Insiden pergaduhan antara pemain Perak dengan Lions Xll FC mencemarkan perlawanan Liga Super di Stadium Perak yang berlangsung malam tadi. Pergaduhan berpunca kerana pemain Perak tidak berpuas hati dengan mutu pengadilan. Perlawanan bagaimana pun berkesudahan dengan jaringan 1-1. Sementara itu, Lebih 2,000 penyokong bola sepak Kelantan, merusuh selepas tiket bagi perlawanan akhir Piala FA antara Kelantan menentang pasukan Johor Darul Takzim (JDT) yang dijadualkan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur habis dijual di kaunter tiket di Stadium Sultan Muhammad V, Kota Bharu.
Tiket tersebut habis dijual walaupun seawal 10 minit selepas kaunter tiket dibuka pada jam 9 pagi tadi. Tinjauan mendapati, orang ramai mula beratur di hadapan kaunter tiket seawal jam 7 pagi bagi mendapatkan tiket untuk menyaksikan pasukan kesayangan mereka berentap pada Sabtu ini. Tindakan terbabit menyebabkan pintu masuk orang kenamaan (VVIP) turut mengalami kerosakan akibat dirempuh sekumpulan penyokong yang kecewa kerana gagal dapatkan tiket.






mmg tu ja pun org melayu ni pandai...pasni tido la plk depan pejabat FAM :)
BalasPadamFree Download Majalah, TV Series, Watch Anime & Movie Online @ ZirahNamia's Blog