KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) yakin mampu mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut pada pilihan raya kecil berikutan kematian wakil rakyatnya, Dr A. Rahman Mokhtar, semalam.
Ketua UMNO Bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, DUN Kuala Besut merupakan kubu kuat BN dan Allahyarham berjaya meraih majoriti lebih 2,400 undi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
"Kita yakin dapat mempertahankan DUN Kuala Besut, kita di peringkat bahagian Besut akan membuat persiapan rapi dari segi jentera pilihan raya.
"Kita juga akan bermesyuarat minggu ini dengan kehadiran wakil UMNO Pusat," kata Idris yang juga Ahli Parlimen Besut ketika ditemui pemberita di luar sidang Dewan Rakyat di sini.
Idris, yang juga Menteri Pendidikan Kedua berkata, jentera pilihan raya BN peringkat negeri dan Pusat akan bekerja keras bagi mempertahankan kerusi DUN Kuala Besut.
"Saya cukup kenal rakyat dan amat memahami kawasan ini... biarkan pakatan pembangkang mahu cakap apa saja, yang penting rakyat tahu jasa BN dan saya cukup mengenali rakyat DUN Kuala Besut," katanya.
A. Rahman, 55, meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di Kuala Terengganu pada pukul 10.18 pagi akibat kanser paru-paru.
Allahyarham merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri.
Pada PRU-13, 5 Mei lepas, Allahyarham pertahankan kerusi itu setelah mengalahkan calon PAS Napisah Ismail. #sumber
AS umum cadangan tarif baharu terhadap rakan dagang utama, termasuk Malaysia
-
Tarif baharu berhubung dakwaan lebihan pengeluaran itu dijangka berkuat
kuasa paling awal pada Januari, kata seorang pegawai kanan AS.
5 jam yang lalu






Rakyat Terangganu amnya, rakyat diKuala Besut khasnya. Jgn dilayan menteri penipu ini. Lihat shj ketika baru2 menang tempohari apa yg MB Terangganu telah nyatakan, tidak akan diberi peruntukan dan tiada pembinaan rumah mampu milik dikawasan yg dimenangi pembangkang. Ketika itu mereka lupa takdir ALLAH dan tidak terfikir akan berlaku sesuatu perkara diluar jangkaan mereka. Jgn bagi mereka peluang lagi utk menindas rakyat yg berlainan fahaman politik. Hah.. sekarang baru terhegeh2 lagi nak memujuk pengundi Kuala Besut agar memihak kpd mereka.
BalasPadam