script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Pakatan Rakyat Fail 34 Petisyen PRU13 Bermula Isnin


PETALING JAYA, 10 Jun - Pakatan Rakyat (PR) akan memfailkan 34 petisyen pilihan raya di Mahkamah Tinggi di seluruh negara bermula Isnin hingga Rabu - iaitu tarikh akhir bagi tempoh 21 hari selepas keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) diwartakan. Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli berkata, PKR akan memfailkan petisyen untuk 18 kerusi Parlimen dan satu kerusi DUN, PAS empat kerusi Parlimen dan sembilan kerusi DUN manakala DAP dua kerusi Parlimen. "Satu petisyen pilihan raya membabitkan jumlah RM10,000 untuk bayaran deposit dan RM5,000 bagi urusan pemfailan kes dan proses mahkamah. Oleh itu, kami memerlukan sekitar RM1.5 juta bagi kesemua 34 petisyen yang difailkan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, Isnin. Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan berkata, PKR akan turut memfailkan tindakan undang-undang termasuk petisyen berasingan di Sabah bagi menuntut mahkamah menyemak senarai pengundi yang dicemari pengundi hantu di Sabah berdasarkan keterangan yang dibuat oleh Suruhanjaya Diraja. Sementara itu, katanya, PKR akan mengambil tindakan undang-undang bagi mengisytiharkan pindaan Seksyen 9A yang menghalang kesahihan daftar undi dicabar di mahkamah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. "Pindaan Seksyen 9A yang dibuat selepas pilihan raya kecil Likas pada 1999 berkemungkinan disalahgunakan untuk melindungi pengundi hantu memandangkan kerajaan telah menetapkan daftar undi tidak boleh dicabar di mahkamah walaupun terdapat bukti," dakwanya. Justeru itu, Rafizi berkata, satu pasukan yang diterajui oleh Pakar Perlembagaan Profesor Dr Aziz Bari akan memulakan tindakan undang-undang tersebut. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Wan Rosdy Yakin BN Dapat Pertahankan Negeri Melaka, Gerak Kerja Jentera Kempen Kalangan Anak Muda Kini Semakin Mantap

MELAKA : Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyatakan keyakinan bahawa Barisan Nasional (BN) dapat mempertahankan kemenang...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.