KUALA LUMPUR - Hari pertama persidangan Dewan Rakyat bagi penggal ke-13 bermula kecoh apabila wakil rakyat pembangkang mempersoalkan mengenai proses pengundian bagi memilih Yang Dipertua Dewan Rakyat yang baru.
Kekecohan mula ditimbulkan Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) yang membangkitkan mengenai keperluan ahli Dewan menulis nama masing-masing di kertas undi.
Katanya berdasarkan Peraturan Mesyuarat 4, ahli Dewan hanya perlu menandatangani kertas undi tanpa perlu menulis nama.
Bagaimanapun Setiausaha Dewan Rakyat, Datuk Roosme Hamzah tidak mengendahkan bantahan yang ditimbulkan Mahfuz.
"Ahli-ahli Yang Berhormat, ini bukan kali pertama Dewan Rakyat mengadakan pengundian bersurat. Sila teruskan proses mengundi," katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini, Isnin.
Bagaiamanapun jawapan Roosme menimbulkan rasa tidak puas hati wakil rakyat pembangkang.
Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) berkata proses berkenaan sangat memalukan apabila proses pemilihan itu tidak mengikut Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat. #sumber
AS umum cadangan tarif baharu terhadap rakan dagang utama, termasuk Malaysia
-
Tarif baharu berhubung dakwaan lebihan pengeluaran itu dijangka berkuat
kuasa paling awal pada Januari, kata seorang pegawai kanan AS.
5 jam yang lalu







Kalau proses pemilihan dalam dewan rakyat pun boleh buat suka-suka tanpa mengikut peraturan dewan...masakan PRU13 boleh dilakukan dengan jujur tanpa ada penipuan...negara pasir bedengung kah atau negara pasir dua butir yang aku tinggal ni???....atau inikah maksud wawasan 2020...memerintah negara seperti main guli...Apa-apa pun...kasihan kepada rakyat malaysia ni. Ditipu dalam keadaan jaga...oleh keparat-keparat politik. Nak salahkan siapa?. Kamu yang pilih...tanggunglah!!!!!!
BalasPadam