PUTRAJAYA - Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai pilihan melainkan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut untuk mengelakkan keadaan DUN tergantung di Terengganu.
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, pertarungan sengit dijangka mengambil tempat dalam pilihan raya kecil itu memandangkan kerusi DUN tersebut terletak di sempadan Kelantan dan Terengganu.
"Pemimpin pembangkang termasuk dari Kelantan dijangka turun untuk berkempen, saya turut mendengar khabar bahawa pembangkang akan meletakkan calon yang terkenal.
"Saya berterima kasih atas pengiktirafan pemimpin pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap kekuatan kita di Kuala Besut, tetapi ia mungkin merupakan strategi mereka dan kita tidak akan ambil mudah pertarungan di kerusi ini,'' katanya.
Ahmad berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada 188 Pegawai Jabatan Akauntan Negara semalam. # sumber
AS umum cadangan tarif baharu terhadap rakan dagang utama, termasuk Malaysia
-
Tarif baharu berhubung dakwaan lebihan pengeluaran itu dijangka berkuat
kuasa paling awal pada Januari, kata seorang pegawai kanan AS.
5 jam yang lalu






Rakyat Terangganu amnya, rakyat diKuala Besut khasnya. Jgn dilayan menteri penipu ini. Lihat shj ketika baru2 menang tempohari apa ug MB Terangganu buat, tidak akan diberi peruntukan kpd kawasan yg dimenangi pembangkang. Ketika itu mereka lupa takdir ALLAH dan tidak terfikir akan berlaku sesuatu perkara diluar jangkaan mereka. Jgn bagi mereka peluang lagi utk menindas rakyat yg berlainan fahaman politik.
BalasPadam