script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Analisis Tompokan Minyak Bukanlah Dari Pesawat MH370


KUALA LUMPUR: Analisis menunjukkan tompokan minyak yang dikesan petang Ahad di selatan Lautan Hindi bukan dari pesawat 370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

"Analisis awal sampel yang diambil oleh Ocean Shield mengesahkan ia bukan minyak enjin pesawat atau cecair hidraulik," kata Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) dalam satu kenyataan pada Khamis.

JACC berkata sampel minyak yang diambil oleh kapal pertahanan Australia itu tiba di Perth dan tertakluk kepada ujian dan analisis terperinci.

JACC turut berkata, Kenderaan dalam air automatik (AUV) Bluefin-21 telah menyempurnakan misi pertama sepenuhnya di kawasan pencarian dan sedang bersedia untuk ke fasa seterusnya.

Bluefin-21 telah melakukan pencarian di keluasan kira-kira 90 kilometer persegi sehingga hari ini dan data daripada misi tersebut telah dianalisis," kata JACC.

Sementara itu, Phoenix International dengan bantuan Bluefin-21 mendapati wujud risiko kecil tetapi pada tahap boleh diterima bagi penggunaan Kenderaan Dalam Air Automatik (AUV) dikenali Bluefin-21, pada kedalaman melebihi 4,500m.

Phoenix International yang berpangkalan di Amerika Syarikat adalah pemilik dan pengeluar Bluefin-21 dan Bluefin Robotics.

Bluefin-21, yang melakukan pencarian di dasar laut selatan Lautan Hindi bagi mengesan pesawat tersebut, terpaksa diapungkan semula di atas permukaan air pada pagi Rabu untuk membaiki isu teknikal sebelum ia digerakkan semula.

JACC turut menafikan laporan beberapa syarikat media sebelum ini bahawa Bluefin-21 akan mengambil masa antara enam minggu dan dua bulan untuk mengimbas seluruh kawasan pencarian, menegaskan kenyataan itu tidak betul.

Terdapat alat pengesan dilengkapi sonar yang menggunakan bunyi akustik dan peta tiga dimensi pada Bluefin-21 yang digunakan untuk mengimbas kawasan dasar laut. #sumber


Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.