script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Kerajaan Negeri Cadang Kempen 120 Hari Turun Ke Laut


KUANTAN: Kerajaan Negeri Pahang bercadang mengadakan Kempen 120 hari ke laut kepada nelayan sebelum layak digelar sebagai nelayan sepenuh masa.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Datuk Shafik Fauzan Sharif berkata, nelayan perlu turun ke laut sekurang-kurangnya 120 hari setahun dan kempen itu dilihat praktikal bagi menangani masalah kekurangan jumlah pendaratan ikan.

Selain itu katanya, kempen itu juga mampu menangani masalah lesen yang disubkan kepada pihak lain.

“Melalui mekanisme yang akan dijalankan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Jabatan Perikanan, perkara ini akan dapat dikenal pasti.

“Kita juga tidak mahu nelayan menggelar diri mereka sebagai nelayan semata-mata mahu wang sara hidup RM200 sedangkan mereka tidak turun ke laut,” katanya kepada pemberita pada Majlis Interaksi Bersama Nelayan di Dewan Komuniti Beserah, di sini, semalam.

Hadir sama, Pengarah Perikanan Pahang, Adnan Hussain dan Timbalan Pengarah LKIM, Tengku Anuar Tengku Mahmud.

Shafik Fauzan berkata, walaupun menyedari ada dalam kalangan nelayan hanya menjadikan kerja tersebut sebagai kerja separuh masa, namun pihaknya mahu nelayan memahami tujuan tersebut iaitu untuk melihat peningkatan jumlah pendaratan ikan.

“Perbincangan lanjut akan diadakan untuk mencari kaedah terbaik terhadap pelaksanaan kempen ini tidak lama lagi,” katanya.

Shafik Fauzan berkata, melalui majlis interaksi yang diadakan, pihaknya akan meneliti keperluan nelayan di kawasan berkenaan bagi menambah baik kemudahan sedia ada.

Dalam pada itu, Shafik Fauzan berkata, pihaknya turut menubuhkan satu jawatankuasa khas membabitkan semua agensi berkaitan bagi menyelaraskan semua tugas dan masalah yang wujud.

Beliau berkata, jawatankuasa yang dianggotai agensi penguatkuasaan seperti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim), Jabatan Perikanan, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Majlis Keselamatan Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.