script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Temerloh: Mayat Dua Remaja Orang Asli Di Temui Terapung


TEMERLOH - Mayat dua remaja Orang Asli yang terjatuh ketika mandi di Sungai Pahang dekat Kampung Loyang, di sini petang kelmarin ditemui pasukan mencari dan menyelamat semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Temerloh Hashnuddin Hussin berkata, mayat pertama Suhaimi Ismail 17, ditemui pasukan mencari dan menyelamat terapung jam 11.30 pagi kira-kira 50 meter dari lokasi mangsa mandi.

Menurutnya, kira-kira setengah jam kemudian pasukan mencari dan menyelamat menemui satu lagi mayat dan disahkan Hasmarizan Yusof, 15, yang mandi bersama mangsa pertama.

“Mayat Hasmarizan ditemui terapung kira-kira 200 meter dari tempat dua mangsa itu mandi di Kampung Loyang,” katanya.

Sinar Harian semalam melaporkan kedua-dua remaja Orang Asli itu yang juga sepupu menunggang motosikal sejauh 8 kilometer dari rumah keluarga mereka di Kampung Paya Mengkuang untuk mandi di situ.

Bomba menerima maklumat jam 3.05 petang mengenai kejadian daripada orang awam dan menghantar  seramai 12 pegawai dan anggota termasuk pasukan penyelamat di air (PPA) bersama peralatan menyelamat.

Operasi menyelamat bermula jam 4 petang kelmarin dan ditutup kira-kira jam 7 petang dan akan disambung semula semalam.

Kedua-dua mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) Temerloh. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.