script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Saifuddin: UMNO-BN Tidak Mampu Lagi Fikirkan Hal Negara


PADANG BESAR: Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Safuddin Nasution Ismail berkata Umno-BN kini tidak mampu lagi memikirkan hal negara, melainkan kepentingan diri mereka sahaja.
Justeru katanya, tidak menghairankan apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat ancaman utama dan Umno-BN berniat jelas untuk memasukkan Ketua Umum KEADILAN itu ke dalam penjara.
“Umno nak lawan Anwar tak larat. Dia reka fitnah, lepas itu kurung. Cara itu diharap rakyat akan tolak KEADILAN.
“Itulah sifir dari Umno. Formula yang mereka buat dari zaman Tun Mahathir lagi,” kata Saifuddin dihadapan 3,000 hadirin dalam Program Reformasi 2.0 di Padang Besar, malam tadi.
Katanya, Umno-BN hanya akan menggunakan satu cara sahaja iaitu memasukan Anwar Ibrahim ke dalam penjara dan mahu rakyat Malaysia menolak KEADILAN dan terus menyokong Umno BN.
“Bukan sahaja Anwar yang dimsukkan penjara, berbaris pimpinan Pakatan Rakyat akan dimasuukan penjara.
“Rafizi kena ,Anthony loke kena, habis semua orang dia nak masukkan dalam penjara,” katanya sambil laungan takbir dan Reformasi.
“Mereka tak ada fikir lain. Penjara Anwar, penjara Anwar. Hukuman lima tahun kena tambah 20 tahun.
“Mereka tak nak Anwar cakap dengan rakyat. Mereka nak perintah sampai khiamat,” kata Saifuddin.
Dalam pada itu Saifuddin berkata, harapan kini terletak di tangan anak muda yang nenjadi kelompok penentu hala tuju sosio, ekonomi dan politik di negara ini.
“Perubahan yang sangat ketara adalah sokongan daripada anak muda,” kata Saifuddin disambut tepukan gemuruh hadirin. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.