script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Kuantan: Pegawai JPJ Di Dakwa Tuduhan Buat Akuan Palsu


KUANTAN: Seorang Pegawai Pemeriksa Kenderaan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), dekat sini, mengaku tidak bersalah di hadapan Mahkamah Sesyen, semalam atas satu tuduhan membuat perakuan palsu, dua tahun lepas.

Zainudin Abdullah, 58, didakwa membuat perakuan palsu bagi Laporan Pemeriksaan Kenderaan bagi motosikal Yamaha Y110 bernombor pendaftaran TQ7920.

Tertuduh didakwa telah memeriksa dan seterusnya memperakukan laporan tersebut, sedangkan tiada pemeriksaan sedemikian dilakukan pada 28 Jun 2012 di pejabat JPJ Pahang.


Pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Nik Nasimah Nik Mohamad.

Zainuddin didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 108 (1)(f) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dan hukuman di bawah seksyen yang sama.

Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan telah dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Norazman Jaya yang turut menawarkan wang jaminan dikenakan sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin.

Namun, melalui peguamnya Muhammad Hisham Abdul Rahim, tertuduh membuat rayuan kepada pihak mahkamah agar mengurangkan jumlah wang jaminan yang dikenakan.

Tertuduh hanya berpendapatan lebih kurang RM3,400 perlu menyara dua isteri dan tujuh anak yang masih bersekolah.

Dalam masa sama, tertuduh juga mempunyai ibu yang sedang sakit di Pusat Jengka dan terpaksa berulang-alik untuk menjaganya sehingga menyebabkan perbelanjaannya semakin meningkat.

Dengan itu, Nik Nasimah menetapkan tertuduh dikenakan jaminan sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 30 April ini sebagai tarikh penyerahan dokumen untuk prosiding seterusnya. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Shahaniza Timbulkan Persoalan: Jika Kementerian Kewangan (MOF) Yang Keluarkan Waran, Bagaimana KKDW Boleh ‘Terlebih Belanja’?

KUANTAN: Persoalan mengenai dakwaan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) ‘terlebih belanja’ perlu dijelaskan secara terperinci deng...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.