script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Pekan: JKM Gesa Orang Ramai Lapor Jika Kesan Kes Dera


PEKAN: Orang ramai diminta membuat aduan melalui talian yang disediakan jika melihat sebarang elemen penderaan kanak-kanak dan wanita yang terjadi di persekitaran mereka.

Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Malaysia, Datuk Norani Mohd Hashim berkata, bantuan yang dihulurkan orang ramai melalui aduan dapat mengurangkan kes penderaan di negara ini.

Menurutnya, kes-kes dilaporkan sebelum ini  penderaan melibatkan kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun di Sarawak beberapa hari lalu sememangnya membimbangkan.

“Tidak dapat dinafikan bahawa kes-kes sebegini (dera) tidak dapat dijangka kerana ia melibatkan tindakan manusia, dan faktor ini jugalah yang memerlukan kita sebagai anggota masyarakat lebih prihatin dan menghulurkan kerjasama terbaik dalam usaha mengatasinya.

“Namun apa yang mengecewakan ialah kejadian yang berlaku banyak melibatkan keluarga, saudara atau kenalan terdekat mangsa sendiri,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Kembara Kebajikan 1Malaysia Family Care peringkat negeri Pahang di Dataran Pekan, semalam.

Pelancaran yang dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita Dan Keluarga, Komunikasi Multimedia negeri, Datuk Shahaniza Shamsuddin ini turut dihadiri Pengarah JKM negeri Pahang, Datuk Shamsiah Husin, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pahang, Datuk. Norhizan Ismail, Pegawai JKM daerah, Zolkefli Mahmud serta pemimpin setempat.

Sementara itu, Norani berkata, masyarakat dan media massa diminta memainkan peranan memberi peringatan dan meningkatkan kesedaran berkaitan kerjasama yang mampu dihulurkan bagi membendung gejala penderaan. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Shahaniza Timbulkan Persoalan: Jika Kementerian Kewangan (MOF) Yang Keluarkan Waran, Bagaimana KKDW Boleh ‘Terlebih Belanja’?

KUANTAN: Persoalan mengenai dakwaan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) ‘terlebih belanja’ perlu dijelaskan secara terperinci deng...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.