script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Zahid: Akta Percetakan Teks Al-Quran 1986 Akan Di Pinda


PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan meminda Akta Pencetakan Teks Al-Quran 1986 bagi mengenakan hukuman lebih keras terhadap mereka yang menyalah guna ayat suci al-Quran.

Menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pindaan itu mencadangkan agar hukuman denda tidak lebih RM5,000 dan penjara tidak lebih dua tahun sekarang dinaikkan kepada denda tidak lebih RM50,000 dan penjara tidak lebih lima tahun, atau kedua-duanya.

Cadangan pindaan ini diusul oleh Lajnah Tashih Al-Quran KDN yang bermesyuarat  pada Selasa bagi mengekang penyalahgunaan ayat suci al-Quran termasuk dijadikan azimat di kedai makan sebagai pelaris perniagaan, katanya dalam sidang media, di sini.
Katanya pindaan itu dijangka dilakukan tahun ini, namun KDN akan mengadakan perbincangan dengan semua pihak berkepentingan termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia bagi mendapatkan pandangan.

Seterusnya cadangan ini perlu dibawa ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu untuk mendapat perkenan, katanya.

Dalam mesyuarat itu, lajnah atau jawatankuasa yang berperanan menyemak kesahihan al-Quran yang diedar kepada umat Islam di negara ini, turut membincangkan langkah-langkah memperkukuh pencegahan dan tindakan terhadap penyebaran fahaman antihadis.

Sementara itu, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang turut hadir berkata penyalahgunaan ayat suci al-Quran terutama oleh peniaga harus dibendung kerana boleh menjejaskan akidah umat Islam.

"Ayat suci al-Quran adalah panduan kehidupan untuk umat Islam dan bukannya dijadikan sebagai azimat dan pameran," katanya.

Beliau juga mendedahkan perbuatan segelintir pensyarah di institusi pengajian tinggi yang sewenang-wenang memetik ayat al-Quran untuk memupuk kebencian sesama umat Islam. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Shahaniza Timbulkan Persoalan: Jika Kementerian Kewangan (MOF) Yang Keluarkan Waran, Bagaimana KKDW Boleh ‘Terlebih Belanja’?

KUANTAN: Persoalan mengenai dakwaan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) ‘terlebih belanja’ perlu dijelaskan secara terperinci deng...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.