script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Hudud Di Kelantan: Anwar Kata BN Parti Tak Berpendirian


SHAH ALAM - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa BN merupakan sebuah parti yang tidak tetap pendirian dan tidak mempunyai sebarang alasan moral untuk membincangkan soal pelaksanaan hudud seperti yang dicadangkan Pas Kelantan.
 
Menurut beliau, tindakan Adun Terengganu yang menolak rundingan isu Perlaksanaan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu 1432H/ 2002M pada sidang Dun semalam jelas menunjukkan  BN sebuah parti yang tidak menunaikan apa yang dijanjikan kepada rakyat.

"Pelaksanaan hukum hudud ialah sebahagian daripada syariah Islam dan perlaksanaan hudud boleh mengekang jenayah dan permasalahan sosial yang dihadapi masyarakat.
 
"BN tidak boleh laksanakan hukum hudud selagi mereka menghalalkan kasino, rasuah, kezaliman dan sebagainya," katanya dalam satu sidang media hari ini.

Semalam, sidang Dun Terengganu menolak usul Pelaksanaan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu 1432H/ 2002M yang telah diluluskan oleh dewan itu pada 7 Julai 2002.

Yang Dipertua Dun, Mohd Zubir Embong berkata, usul tersebut ditolak kerana ia akan dibawa ke peringkat lebih tinggi iaitu Parlimen pada sidang akan datang.

Usul itu dikemukakan Adun Bukit Payong, Mohd Nor Hamzah di bawah Peraturan Majlis Mesyuarat Fasal 30 Peraturan-peraturan dan Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri.

Dalam pada itu, Anwar turut menegaskan, PKR mengakui keperluan hukuman hudud yang dibawa oleh Pas Kelantan dan dalam masa yang sama, turut menghormati pendirian serta perbezaan fahaman DAP dalam perkara ini.
 
"Walaupun isu pelaksanaan hudud ini adalah isu umum, pertimbangan khas akan diambil kira oleh PKR dan Pas memandangkan ianya rang undang-undang yang telah diluluskan sejak sekian lama.
 
"Malah Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob sendiri telah bersetuju untuk memberi penjelasan secara terperinci kepada PKR dalam mesyuarat akan datang," katanya lagi. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.