script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Pembayar Cukai "Gagal Patuhi Undang-Undang" Di Pantau


KUALA LUMPUR: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memperkenalkan Program Pemantauan Pembayar Cukai Gagal Patuh (MDTD) bermula tahun ini bagi memperkasa dan menambah keberkesanan aktiviti audit cukai sedia ada.

LHDN menerusi satu kenyataan di sini hari ini memaklumkan MDTD diwujudkan bagi memantau pembayar cukai yang dikenal pasti gagal patuh dengan undang-undang serta peraturan cukai.

"Selain itu ia juga bertujuan menggalakkan pematuhan cukai secara sukarela melalui aktiviti pendidikan dan pemantauan yang berterusan," menurut kenyataan itu.

Konsep dan pelaksanan program tersebut termasuk menyenarai pembayar cukai yang gagal patuh dalam MDTD untuk tujuan pemantauan berterusan dan sekiranya mereka masih gagal patuh setelah diberi penerangan serta pendidikan, tindakan audit yang lebih menyeluruh akan dikenakan ke atas pihak terbabit.

"Pembayar cukai akan diberi surat makluman rasmi mengenai penyenaraian namamereka dalam MDTD dan penalti 100 peratus daripadajumlah cukai yang terkuranglapor akan dikenakan mengikut subseksyen 113(2) Akta Cukai Pendapatan 1967," kata kenyataan tersebut.

Menurut LHDN pembayar cukai akan dikeluarkan daripada senarai MDTD jika pemantauan mendapati mereka tidak lagi melakukan kesalahan dalam tahun-tahun taksiran berikutnya.

"LHDN berharap program tersebut mampu memupuk kesedaran yang lebih tinggi dan meningkatkan pematuhan secara sukarela dalam kalangan pembayar cukai," kata kenyataan itu.

LHDN memaklumkan sebanyak 121 kes disenaraikan dalam MDTD bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Mac 2014.

Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan mengenai hal ehwal percukaian boleh menghubungi Pusat Penggilan LHDN di talian 1-800-88-5436 atau layari www.hasil.gov.my. - Bernama
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.