script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Raub: 10 tahun Penduduk Di Belenggu Masalah Saliran Air


RAUB - Penduduk Jalan Sentosa 25, Taman Sentosa, dekat sini sudah hilang sabar akibat dibelenggu masalah saliran air di belakang rumah mereka yang berlarutan sejak 2004.

Seorang penduduk, Abdullah Jamaluddin, 74, berkata, penduduk mula berhadapan dengan masalah saliran apabila projek perumahan Taman Impian Villa dibina di kawasan tapak lombong, dekat sini.

Menurutnya, sebelum projek terbabit dibangunkan, hanya ada satu saliran longkang yang mengalirkan air dari perumahan mereka menuju ke satu kawasan perlombongan.

“Namun tapak lombong terbabit kemudian telah dikambus bagi membangunkan sebuah taman perumahan baru dan sejak itu, beberapa rumah di kawasan ini sering dilanda banjir kilat,” katanya.

Abdullah berkata, pembetung yang digunakan ketika projek perumahan Taman Impian Villa itu dibina tidak mengikut spesifikasi menyebabkan air tidak dapat mengalir dengan sempurna.

“Pembetung itu berada diparas lebih tinggi menyebabkan aliran air di kawasan yang lebih rendah tidak dapat dialirkan secara sempurna.

“Justeru, penduduk yang mendiami kawasan lebih rendah kerap mengalami masalah banjir kilat,” katanya yang mula menetap dan membeli rumah di sini sejak 1973.


Pihak bertanggungjawab tidak bertindak

Katanya, dia kesal dengan tindakan pihak berkaitan yang tidak mengambil langkah berkesan bagi membendung masalah ini walaupun hampir setiap tahun membuat aduan sejak dibelenggu masalah itu pada 2004.

“Setiap tahun, saya akan buat surat aduan kepada pihak bertanggungjawab namun mereka hanya datang melihat dan meminta kami menunggu tindakan seterusnya namun sehingga kini tiada tindakan sewajarnya diambil,” katanya.


Paya terbentuk belakang rumah

Abdullah mendakwa, persekitaran kawasan perumahan terbabit semakin teruk sejak projek pembinaan perumahan baru itu dibangunkan di kawasan belakang kediaman milik Abdullah.

“Belakang rumah saya yang suatu ketika dahulu hanya terdapat satu saliran longkang kini sudah membentuk sebuah paya,” katanya.

Masalah perparitan bukan hanya dihadapi Abdullah malah tiga lagi rumah turut terjejas, termasuklah kediaman milik Mohd Hasrul Nizam Othman, 34, dan Shafqat Bano, 28.

Menurut Mohd Hasrul Nizam yang baru membeli dan menetap di rumah terbabit November tahun lalu, paya yang terbentuk di kawasan belakang rumah beberapa penduduk di situ mempunyai kedalaman hampir paras dadanya.

“Sebelum ini, ketika saya cuba untuk membaiki pagar di belakang rumah, saya pernah terjatuh ke dalam paya berkenaan dan mula menyedari bahawa paya itu agak dalam.

“Sebab itu kami sangat bimbang terutama yang memiliki anak kecil kerana berisiko mengancam nyawa,” katanya.

Mohd Hasrul berkata, dia pernah mengupah jentolak untuk menolak semak di kawasan belakang rumah namun, pemilik jentolak terbabit enggan melakukannya kerana tanah mendap dan berbahaya.

“Kerja membina tembok bagi menghalang laluan air itu tidak dapat dilaksanakan, malah bahagian belakang rumah saya juga semakin retak disebabkan tanah mendap.

“Masalah saliran air ini perlu diselenggarakan terlebih dahulu bagi membolehkan kerja membina tembok dan membaiki keretakan di beberapa bahagian rumah dilaksanakan, jika tidak kami terpaksa tanggung kerugian,” katanya.

Dia bagaimanapun turut menjelaskan bahawa sebelum membeli rumah terbabit, dia terlebih dahulu dimaklumkan pemilik rumah sebelum ini mengenai keadaan kawasan perumahan berkenaan.

“Saya tetap bersetuju untuk membeli kerana yakin pihak berkenaan akan mengambil tindakan sewajarnya bagi membaiki masalah saliran itu, bagaimanapun sangkaan saya meleset kerana sehingga kini tiada tindakan diambil,” katanya.


Berisiko diserang wabak kencing tikus

Sementara itu, Shafqat pula memberitahu, walaupun kini bukan musim hujan namun dia bimbang air paya memasuki kediaman kerana air longkang kerap bertakung,

“Pembentukan paya itu menyebabkan aliran air dari rumah kami tidak lancar, sebab itu longkang mudah bertakung.

“Walaupun sudah menghabiskan ribuan ringgit untuk membuat saliran sendiri, namun ia tetap tidak dapat menyelesaikan masalah ini,” katanya.
Menurutnya, berdasarkan pemeriksaan Jabatan Kesihatan, penduduk dimaklumkan paya berkenaan dikhuatiri mendatangkan wabak kencing tikus.

“Sebelum ini juga telah beberapa kali kami didatangi haiwan berbisa seperti ular sawa dan biawak, malah air longkang yang bertakung pula dikhuatiri menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes,” katanya.

Gesa pemaju ambil tindakan

Pegawai Daerah Raub, Datuk Ismail Mohd Ali berkata, pihaknya sudah berbincang bersama pihak terlibat dan pemaju perumahan berkenaan bagi menyelesaikan isu ini.

“Saya telah meminta mereka yang terlibat untuk mengambil tindakan segera bagi memastikan masalah tidak terus berlarutan,” katanya. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.