script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Pembinaan Lampu Isyarat Di Bukit Rangin Tidak Relevan


KUANTAN - Ramai pengguna jalanraya yang melalui jalanraya keliru dengan kewujudan satu lagi lampu isyarat di persimpangan Bukit Rangin-Permatang Bandak dekat sini. Mereka hairan apakah motif lampu isyarat itu wujud, sedangkan ia jelas tidak selaras dengan "Transport Planning" sebenarnya. Malah, difahamkan simpang lampu isyarat yang dibina begitu dekat dengan lampu isyarat sedia ada dari jalan pintasan Kuantan-Kemaman ke Permatang Badak itu sendiri sebenarnya.

Menurut seorang pengguna, dia mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena dengan pembinaan lampu isyarat itu. "Jika benar mahu bina lampu isyarat...kenapa tak dibuat di simpang Masjid Lama Permatang Badak iaitu kawasan simpang empat yang cukup berbahaya kepada pengguna. Jaraknya tak terlalu jauh dengan lokasi sekarang. Kat situ lebih penting dan relevan daripada lokasi sekarang yang jaraknya begitu dekat dengan simpang lampu isyarat sedia ada", kata seorang pengguna yang setiap hari menggunakan laluan tersebut untuk berulang alik ke tempat kerjanya.

Beliau turut menegaskan, kewujudan lampu isyarat itu bukan menyelesaikan masalah tetapi menambahkan lagi kekalutan. "Jalan makin sesak sebab jarak terlalu dekat.... Bayangkan, lampu isyarat sedia ada masih lampu merah dan lampu isyarat baru ini lampu hijau?. Maka, makin haru biru jadinya", katanya.

"Saya tidak menolak kemungkinan pembinaan lampu isyarat itu atas desakan dan arahan pihak atasan kerana di kawasan terbabit ada perumahan yang didiami oleh golongan VVIP. Mereka nak cepat dan tak mahu tunggu lama di simpang akibat kesesakan. Maka, mereka mohon diwujudkan lampu isyarat. Pihak berkuasa pula terpaksa akur sebab itu permohonan dari golongan VVIP. Sedangkan di simpang Masjid Lama, walau pun ada simpang empat.. Ia hanya didiami oleh rakyat biasa saja. Sebab tu permohonan dan masalah mereka tidak diberi perhatian oleh pihak berkuasa", kata beliau lagi.

Difahamkan, simpang lampu isyarat baru itu juga terletak berhampiran Pusat Khidmat Ahli Parlimen Paya Besar, sendiri sebenarnya. Namun, tiada sebarang kenyataan yang dibuat oleh wakil rakyat terbabit setakat ini atas pembinaan lampu isyarat itu. Pemantauan dan laporan lanjut menyusul.  - PDO


Share:

3 ulasan:

  1. Memang betul..keperluan VVIP (darah mereka juga merah)sering diutamakan..rakyat biasa dibelakangkan..simpang empat masjid lama telah banyak berlaku kemalangan tetapi langsung tidak diendahkan..ingatlah mereka2 yang membuat keputusan..segala tindakan kamu akan dipertanggungjawabkan..tunduk dengan desakan VVIP dan membiarkan keselamatan rakyat biasa tergadai adalah 1 dosa...

    BalasPadam
  2. salam ...saya memang sering lalu di persimpangan tersebut...simpang tersebut memang sibuk waktu pagi, tengahri (jumaat) dan waktu petang.. memang patut ada lampu isyarat di sana..kerana ia adalah salah satu laluan utama dari paya besar hingga ke bukit rangin dan penduduk kawasan perumahan di bukit rangin sampailah ke gugusan sg isap guna jalan tu untuk masuk ke by pass...dan boleh elak kemalangan yg selalu berlaku di simpang tersebut...saya tak peduli jika ada agenda lain termasuklah kepentingan vip yg penting saya orang biasa dapat laluan selamat

    BalasPadam
  3. kenapa fikir yang bukan-bukan.

    mungkin mereka telah memohon mengguna saluran yang ditetapkan bagi mendapatkan kemudahan lampu isyarat tersebut.

    kamu pun boleh cuba pohon. Insha'allah akan dapat juga.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Shahaniza Timbulkan Persoalan: Jika Kementerian Kewangan (MOF) Yang keluarkan waran, Bagaimana KKDW Boleh ‘Terlebih Belanja’?

KUANTAN: Persoalan mengenai dakwaan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) ‘terlebih belanja’ perlu dijelaskan secara terperinci deng...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.