script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Korea: Angka Korban Feri Karam Kini Meningkat 25 Orang


JINDO: Angka korban tragedi feri karam di perairan Korea Selatan meningkat kepada 25 orang pagi Jumaat.

Daripada 475 penumpang dan anak kapal yang berada dalam Feri Sewol yang karam Rabu lalu, 179 disenaraikan sebagai selamat manakala 271 lagi masih hilang.

Pihak berkuasa Korea Selatan akan meneruskan operasi menyelamat awal pagi Jumaat dan mengerahkan kira-kira 500 penyelam ke kawasan insiden.
"Penyelam berdepan dengan ombak yang kuat dan air pasang besar sehingga gagal untuk masuk ke dalam feri yang kini tertangkup sepenuhnya di dalam laut.
Feri mula tenggelam pada Rabu ketika dalam perjalanan dari Pelabuhan Incheon ke pulau peranginan popular, Pulau Jeju.

Pegawai pengawal pantai Korea kini menumpukan siasatan mengenai kemungkinan kecuaian kru kapal dan kerosakan pada struktur feri walaupun kapal itu dilaporkan sudah melepasi pemeriksaaan keselamatan dan insurans.
Kapten feri, Lee Joon-seok, kini berdepan siasatan jenayah mengikut undang-undang Korea Selatan.

Ahli keluarga dan waris mangsa yang maut menyalahkan kapten dan syarikat feri di atas kecuaian tersebut. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.