script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Johari: Azmin Dan Saifuddin Akan Dipanggil Beri Penjelasan


PETALING JAYA - Dua calon Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Datuk Saifuddin Nasution Ismail bakal dipanggil bagi memberikan penjelasan susulan kenyataan mereka yang dilaporkan media cetak dan elektronik.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat PKR (JPP), Datuk Johari Abdul berkata, ia bagi mengelakkan berlakunya perlanggaran peraturan kempen pemilihan.

“Prosesnya kita akan tengok nanti, sudah tentu calon akan dipanggil untuk memberikan alasan, tapi selagi tiada kritikan yang dibuat terhadap pimpinan parti ataupun terhadap JPP, ia tidak dianggap serius.

“Namun begitu kalau ada yang terkeluar dari garis panduan, secara serta merta kita akan panggil calon-calon timbalan presiden, naib presiden dan Majlis Pimpinan Pusat, malah di peringkat bawah sekalipun termasuk cabang, wanita dan Angkatan Muda

Keadilan (AMK). Setakat ini kita belum panggil lagi, tapi dalam masa terdekat ini kita akan siasat,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini, semalam.

Sebelum ini, Saifuddin dalam wawancara yang disiarkan akhbar berbahasa Inggeris pada 12 April lalu mendakwa, ahli parti sudah muak dengan persengketaan yang berlaku antara Azmin dan  Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Sementara itu, Azmin pula tampil di sebuah stesen TV yang menafikan dakwaan Saifuddin bahawa PKR adalah parti berasaskan Melayu. Mengulas lanjut, Johari berkata perkara itu akan dibincangkan JPP dan mengeluarkan keputusan sebelum 21 April ini.

“Tengok bagaimana ia boleh keluar di TV, adakah dirancang atau tidak, kita akan siasat.

“Kerana keputusan akhirnya kita yang akan putuskan. Tidak adil jika untuk komen selagi kita tidak mengadakan mesyuarat kerana keputusan bukan hanya dari saya sahaja,” ujarnya.

Dalam pemilihan bagi jawatan nombor dua PKR itu menyaksikan penyandang, Azmin Ali bakal dicabar tiga calon lain iaitu Saifuddin, Abdul Khalid dan Ketua Cabang PKR Batang Kali, Datuk K Ramachandran.


Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.