Wakil penduduk, Rosli Abu Kassim berkata, sejak perkhidmatan ini disediakan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) lebih tiga tahun lalu, mereka hanya mampu menikmati kemudahan itu seketika sahaja.
Menurutnya, bukan sahaja pada awal perkhidmatannya talian terlalu lembap, malah sekarang perkhidmatan itu langsung tidak boleh digunakan.
“Sebelum ini, pihak terbabit menumpang di Pejabat Khidmat Rakyat Dun Kemayan untuk penggunaan elektrik 24 jam bagi menjana sistem.
“Tetapi, sejak pentadbiran pejabat itu berpindah ke Kerayong, perkhidmatan Kampung Tanpa Wayar 1 Malaysia tidak boleh digunakan,” katanya kepada Sinar Harian.
Katanya, jika berdasarkan papan tanda yang ada di sini, seolah-olah kawasan di sini dilengkapi dengan kemudahan ini namun ia sekadar hiasan semata-mata.
Difahamkan, penduduk mencadangkan agar sistem dan antena itu dialihkan di tempat lain yang mempunyai bekalan elektrik tanpa melibatkan perusahaan individu.
“Ada yang sudah berbincang secara lisan dengan pihak Fama supaya ia dialihkan di Pakar Komuniti dan Karavan (Pakar) dekat sini, namun kerja-kerja pengalihan antena perlu dilakukan sendiri SKMM.
“Kalau boleh kita mahu SKMM bertindak melalui aduan ini. Biarlah perkhidmatan yang disediakan ini boleh dimanfaatkan rakyat dan bukan sekadar melepaskan batuk di tangga,” katanya. #sumber






Tiada ulasan:
Catat Ulasan