script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Program "Gagasan Keadilan Raya" Di Kuantan Malam Tadi


KUANTAN - Selepas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengadakan program kempennya di Hotel MS Garden bari-baru ini, semalam tiba giliran kumpulan penyokong Azmin Ali pula berbuat demikian di Hotel Shahzan Inn dekat sini. Seramai hampir 100 orang penyokong Azmin Ali termasuk yang datang dari Selangor telah bersama dalam program itu malam tadi. 



Walau pun ramai yang kecewa kerana calon Timbalan Presiden Keadilan itu tidak hadir namun program tetap berjalan seperti biasa dengan menampilkan beberapa orang pemimpin menyampaikan ucapan masing-masing. Majlis dipengerusikan oleh Razali Alias, memwakili PKR Pahang. 


Antara yang berucap ialah Zuraida Kamaruddin (calon Ketua Wanita), serta beberapa orang calon Naib Presiden yang terdiri daripada Zakaria Abd Hamid, Khalid Jaafar, Yaakop Safari, Yahya Shaari, Hee Loy Sian, Azmizan Zamanhuri, M.Manimaran,  Shuhaimi Shafiei dan Lee Chin Cheh (bekas ADUN Kajang). Turut hadir ialah beberapa orang calon team "Gagasan KeadilanRaya" dari kalangan yang bertanding Exco Wanita dan AMK termasuk Juwairiya Zulkifly.



Bezanya program Tan Sri Khalid dengan Azmin Ali ialah, cara hujjah yang dikeluarkan oleh pemimpin yang berkenaan. Ramai dikalangan pemimpin yang berucap malam tadi lebih banyak menyentuh peribadi Tan Sri Khalid dan calon Timbalan Presiden parti yang lain. Malah, ada kenyataan yang dikeluarkan cukup mengejutkan hadirin sebenarnya. Apapun, masing-masing ada cara dan kaedah untuk berkempen bagi memastikan kumpulan mereka menang bergaya pada pemilihan yang akan bermula 26 April ini.



Kelihatan beberapa orang pemimpin dan  Ketua Cabang Keadilan Pahang yang hadir termasuk dari cabang Maran, Kuala Krau, Jerantut, Pekan, Rompin, Paya Besar dan lain-lain lagi. Program berakhir sekitar jam 11.30 malam tadi. - PDO
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.