script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Kebakaran, Sekeluarga Berhadapaan Detik Cemas Di Lipis


KUALA LIPIS - “Ketika sedang berehat di dalam bilik, tiba-tiba saya terhidu bau asap lantas menjenguk ke bilik belakang dan terkejut apabila melihat api yang kian marak.

Demikian kata mangsa kebakaran, Norfatihah Mazlan, 26, ketika menceritakan detik cemas kejadian kebakaran yang memusnahkan sebahagian kediaman milik keluarganya di Kampung Berembang, Mukim Gua di sini kira-kira jam 5 petang kelmarin.

Menurutnya, sewaktu kejadian berkenaan berlaku, dia tinggal bersama dengan adik perempuan serta dua orang anak lelakinya masing-masing berusia 5 dan 6 tahun.

“Sejurus melihat api berkenaan saya bertindak memanggil adik dan dua orang anak untuk keluar segera dari rumah serta cuba menyelamatkan barang-barang  yang penting sahaja termasuk pakaian dan barangan elektrik.

“Walaupun sedih dengan kejadian kebakaran ini namun saya bersyukur kerana kesemua ahli keluarga selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Sementara itu Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Lipis, Haslizan Ramli berkata, pihaknya menerima panggilan telefon berhubung kejadian berkenaan kira-kira jam 5.03 petang sebelum tiba 12 minit kemudian.

“Dua jentera bersama 12 anggota bomba tiba di tempat kejadian dan kita mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengawal api supaya tidak merebak ke bahagian rumah lain.

“Kebakaran bermula daripada bilik belakang dan punca kebakaran serta anggaran kerugian masih dalam siasatan," katanya. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.