script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Abaikan Rekod, Sri Pahang Tidak Gentar Berdepan 'TFC' Di Kuantan Malam Esok !

 

KUANTAN - Biar pun rekod pertemuan lebih berpihak kepada Terengganu FC (TFC) musim ini, Sri Pahang FC tidak gentar berdepan lawannya itu pada perlawanan pertama pusingan 16 Piala Malaysia di Stadium Darul Makmur, malam esok.

Pengendali Tok Gajah, Datuk Dollah Salleh berkata, segalanya sudah dilakukan untuk memastikan skuad itu beroleh kemenangan pada pusingan awal piala berprestij itu.

"Perkara utama yang diberikan tumpuan ialah kami dapat memanfaatkan kelebihan bermain di halaman sendiri sebelum bertandang ke tempat lawan pada 1 November depan.

"Sudah pasti kami mahu menang dan beroleh keputusan selesa sebagai bekalan untuk melangkah lebih jauh dalam saingan Piala Malaysia musim ini.

"Saya turut mengingatkan kepada pemain supaya memanfaatkan segala peluang yang ada dan mengelakkan daripada melakukan kesilapan mudah yang boleh menghukum pasukan," katanya.

Musim ini, skuad Tok Gajah tewas dua kali kepada TFC dengan jaringan sama, 2-1 dalam saingan Liga Super.

Ditanya posisi serangan berdepan Terengganu, Dollah berkata, khidmat Steven Rodriguez dan David Rowley akan menjadi sandaran utama skuad itu untuk merobek gawang skuad Penyu.

Katanya, peningkatan prestasi yang dipersembahkan dua pemain itu terutama Rowley memberikan suntikan semangat kepada pasukan.

"Sudah pasti Rodriguez akan menjadi sandaran utama untuk membolosi gawang Terengganu selain Rowley yang dilihat selesa berada di bahagian serangan.

"Ketika pasukan menghadapkan Rodriguez selaku penjaring, Rowley banyak membantu menambah ketajaman di bahagian serangan.

"Pada masa sama, saya mahu pemain bijak memanfaatkan segala peluang yang ada untuk mengecewakan lawan," katanya. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.