script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

UMNO Jerantut Desak 'Tubuh RCI' Siasat Pelantikan Hakim Era Pakatan Harapan !

 

KUALA LUMPUR – Sebuah suruhanaya siasatan diraja perlu ditubuhkan bagi menyiasat pelantikan hakim-hakim ketika pentadbiran Perdana Menteri ketujuh di bawah kerajaan Pakatan Harapan.

Siasatan perlu berkisar kepada sama ada ia mematuhi peruntuk Perlembagaan Persekutuan dan Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009 (Akta 695).

Desakan penubuhan suruhanjaya itu dikemukakan UMNO Bahagian Jerantut yang bermesyuarat hari ini.

Menurut usul itu lagi jika siasatan mendapati pelantikan hakim-hakim berkenaan berbau politik maka UMNO Jerantut mendesak agar mereka dipecat mengikut peruntukan dan prosedur yang ditetapkan Perlembagaan Persekutuan.

Bukan itu sahaja, kes-kes yang telah diputuskan oleh hakim-hakim berkenaan harus dikaji ulang.

Sementara itu, UMNO Jerantut turut mendesak Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyegerakan siasatan ke atas Tommy Thomas berkaitan bukunya My Story: Justice in the wilderness.

Ia sejajar dengan kenyataan media Pejabat Perdana Menteri bertarikh 30 September 2022 bahawa Thomas akan disiasat mengikut ;

(i) Seksyen 124I & Seksyen 203A Kanun Keseksaan;
(ii) Seksyen 4 Akta Hasutan 1948;
(iii) Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972; dan
(iv) Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Menurut usul tersebut PDRM dan SPRM perlu membuat siasatan segera dan menghantar kertas siasatan kepada Peguam Negara sama ada untuk mendakwa Tommy Thomas atau tidak mengikut Perkara 145 Fasal 3 Perlembagaan Persekutuan.

Dalam usul yang sama, UMNO Bahagian Jerantut mendesak agar keadilan dalam kes Datuk  Seri Najib Tun Razak dilihat dalam keseluruhan perspektif ini.

Sistem keadilan, menurut usul tersebut perlu diluruskan terlebih dahulu sebelum keadilan dapat diberi kepada beliau.

“Jika sistem keadilan bersimpang siur, maka bagaimana mungkin keadilan dapat dilaksanakan?

“Kita mahu kerajaan yang baru nanti pada jam yang pertama mentadbir memulakan kerja-kerja untuk memastikan keadilan dilaksanakan. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.