script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

SK Kempadang 'Tersenarai' Tiga Teratas Finalis Anugerah Sekolah Terbaik Dunia !

 

KUANTAN - Sekolah Kebangsaan Kempadang dekat sini tersenarai dalam kelompok finalis tiga teratas Anugerah Sekolah Terbaik Dunia bagi kategori inovasi selepas mencipta sistem penyelesaian digital sepenuhnya bagi mengesan kemajuan murid.

Anugerah Sekolah Terbaik Dunia dilancarkan tahun ini oleh T4 Education dengan kerjasama Yayasan Hasanah, Accenture dan American Express menawarkan hadiah sehingga $250,000.

Pemegang Amanah dan Pengarah Urusan Yayasan Hasanah, Datuk Shahira Ahmed Bazari berkata, kecemerlangan sekolah yang tersenarai dalam program Sekolah Amanah Malaysia itu menjadi inspirasi kepada para pendidik di seluruh dunia.

Katanya, ia adalah bukti berterusan bahawa sekolah awam di negara ini juga mampu menjadi antara yang terbaik di dunia.

“Tahniah kepada SK Kempadang kerana  disenaraikan sebagai finalis 3 Teratas bagi World’s Best School Prizes yang pertama kali dianjurkan.

“Kami berbesar hati bekerjasama dengan T4 Education dalam menyokong penganjuran anugerah ini, yang mengiktiraf dan menggalakkan transformasi ‘bawah-ke-atas’ dan mewujudkan komuniti global yang belajar daripada satu sama lain serta mencipta gelombang impak positif terhadap murid di seluruh dunia,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sementara itu, Pengasas T4 Education, Vikas Pota berkata, Anugerah Sekolah Terbaik Dunia menampilkan kepakaran sekolah-sekolah yang memberi inspirasi dari seluruh pelusuk dunia.

Sehubungan itu, katanya, sudah tiba masanya kerajaan di seluruh dunia mendengar suara mereka.

“Ketika dunia sedang pulih daripada kemusnahan akibat pandemik Covid-19, terlalu ramai kanak-kanak yang akan terus tercicir, kecuali kita mengambil tindakan segera untuk pendidikan.

“Para pemimpin perlu belajar daripada pengetahuan dan pengalaman yang ada di sekolah-sekolah kita kerana mereka, sebagai barisan hadapan dalam bidang pendidikan lebih mengetahui tentang perubahan yang kita perlukan,” katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Program Sekolah Amanah SK Kempadang, Nina Adlan Disney berkata, kejayaan sekolah itu di peringkat global adalah bukti bahawa transformasi sekolah secara menyeluruh boleh dicapai.

“Matlamat kami adalah untuk membangunkan kapasiti dan memperkasa sekolah-sekolah bagi menghasilkan sendiri solusi inovatif bagi cabaran yang mereka hadapi secara proaktif.

“Kami amat berbangga dengan SK Kempadang dan kami berharap agar mereka dilihat sebagai suri teladan hasil usaha kolektif setiap pemegang taruh – kementerian, negeri dan daerah, berkolaborasi dengan pemimpin-pemimpin sekolah, guru-guru, murid-murid, ibu bapa serta komuniti,” jelasnya. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Shahaniza Timbulkan Persoalan: Jika Kementerian Kewangan (MOF) Yang Keluarkan Waran, Bagaimana KKDW Boleh ‘Terlebih Belanja’?

KUANTAN: Persoalan mengenai dakwaan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) ‘terlebih belanja’ perlu dijelaskan secara terperinci deng...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.