script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Karnival Jelajah AKM Pahang Tawar Lebih Daripada 2,000 Peluang Jawatan Kosong!

 

KUANTAN - Karnival Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia di Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Pahang yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini, menawarkan 2,094 jawatan kosong kepada pencari kerja.

Pengurus Kes Perkhidmatan Pekerjaan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Pahang, Syazwani Mohd Tajudin berkata, 46.66 peratus daripada jumlah itu menawarkan pekerjaan melibatkan pelbagai sektor dengan gaji melebihi RM2,000.

Antara syarikat yang mengambil bahagian ialah pelabur pertama di Taman Perindustrian Malaysia-China Kuantan (MCKIP) di Gebeng iaitu Alliance Steel (M) Sdn Bhd selain Maybank, China Communications Construction Company (ECRL) Sdn Bhd, Prasarana dan Berjaya Hills Resort Berhad.

"Kita menyasarkan seramai 1,500 pencari kerja yang hadir ke reruai Jamin Kerja sepanjang AKM berlangsung dan Perkeso turut menyarankan supaya majikan dapat membuat pengambilan secara terus selepas temu duga," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Selain itu, beliau berkata, majikan yang membuat pengambilan pekerja baharu bermula 1 Jan tahun ini, boleh mendapat insentif sehingga RM42,000 di bawah JaminKerja - Insentif Penggajian (JKIP) sekiranya berdaftar dengan program JKIPt.

Jelajah AKM berlangsung bermula 9 pagi hingga 9 malam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sultan Ahmad Shah (SASICC) dan pekarangan Stadium Darul Makmur di sini, dengan pelbagai program serta aktiviti menarik diadakan sempena penganjuran yang masuk sesi ke-12.

AKM kali ini yang diterajui Kementerian Pertahanan (Mindef) bertemakan 'Keluarga Malaysia Teras Pertahanan Negara'. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.