script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

PRU-15: AMANAH Akan Letak Calon Di 16 Kerusi DUN & Empat Parlimen Di Pahang

 

KUANTAN - Parti Amanah Negara (AMANAH) Pahang mengesahkan akan bertanding di empat kerusi Parlimen dan 16 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Selain mempertahankan Parlimen Temerloh yang disandang bekas Setiausaha Agung AMANAH, Datuk Anuar Tahir, parti itu juga akan meletakkan calon untuk bertanding di kerusi Parlimen Maran, Paya Besar dan Kuala Krau.

Pengerusi AMANAH Pahang, Zulkifli Mohamed berkata, jumlah kerusi yang akan ditandingi pada PRU14 berlaku penambahan dengan tiga kerusi baharu di Parlimen dan tambahan empat kerusi di DUN.

Menurutnya, semua senarai calon di kerusi-kerusi berkenaan telah dikenal pasti dan akan dimuktamadkan pada Ahad sebelum diumumkan dijangka pada Selasa.

"Kerusi Parlimen yang ditandingi Amanah akan diisi calon tempatan dan luar yang berpotensi," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Zulkifli berkata, gerak kerja jentera parti telah dimulakan melalui pembukaan bilik-bilik gerakan di kawasan-kawasan ditandingi.

Sementara itu, Zulkifli mengesahkan akan kekal bertanding di DUN Beserah kali ini.

Pada PRU-14, beliau tewas kepada penyandang, Andansura Rabu dari PAS.

Andansura yang memperoleh 12,239 undi menang dengan majoriti 1,305 undi mengalahkan Zulkifli (10,934 undi) dan calon BN, Datuk Suhaimi Sulong (8,732 undi). #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.