script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Ketua Srikandi Bersatu Temerloh, 17 AJK 'Meletakkan Jawatan' Daripada Parti Itu !


KUANTAN - Ketua Srikandi BERSATU Temerloh, Siti Aisyah Ismail melepaskan jawatan dalam sayap parti itu berkuat kuasa serta merta selepas berasa dipinggirkan daripada parti itu.

Pengumuman itu dibuat Siti Aisyah dalam sidang media di Mentakab, dekat Temerloh, petang tadi.

Turut mengikut jejak langkah yang sama ialah seramai 17 ahli jawatankuasa (AJK) sayap parti berkenaan.

Siti Aisyah berkata, surat peletakan jawatan itu sudah dihantar kepada ibu pejabat BERSATU pada 30 September dan diterima Setiausaha BERSATU Temerloh, Syed Omar Syed Abdul Aziz pada 11 Oktober lalu.

"Keputusan (perletakan jawatan) dibuat selepas merasakan hak untuk menjaga ahli dan sebagai Ketua Srikandi dinafikan pimpinan atasan.

"Kami sudah cuba mengadakan perbincangan dengan pimpinan BERSATU Temerloh dan Pahang sejak setahun lalu, namun tidak berhasil.

"Saya membuat keputusan ini kerana tidak mendapat kerjasama dalam menjalankan amanah diberikan dan daripada duduk, tidur lebih baik letak jawatan sahaja," katanya.

Turut meletak jawatan dalam sidang media itu ialah Pengerusi Tetap Srikandi Temerloh, Naib Ketua Srikandi Temerloh, sembilan AJK Srikandi, empat ketua Srikandi cawangan dan empat AJK Bahagian.

Siti Aisyah mendakwa sikap kepimpinan bahagian yang tidak boleh bertolak ansur dan 'pilih bulu' juga menyebabkan Srikandi Temerloh terasa seperti diabaikan.

BERSATU Temerloh kini diterajui Mohd Yusoff Abdullah yang memangku jawatan Ketua Bahagian Tengku Azlan Sultan Ahmad Shah yang mengumumkan keluar parti dan menyertai UMNO pada Ogos tahun lalu.

Siti Aisyah bagaimanapun memberitahu dia hanya meletak jawatan sebagai Ketua Srikandi dan belum membuat keputusan untuk meninggalkan parti itu.

Siti Aisyah dilantik sebagai penaja Srikandi pada 2016 dan menang pemilihan parti itu pada 2020. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.