script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

RM1.8 Bilion Di Sedia Dalam Bajet 2023 Untuk Projek 'Tebatan Banjir' Di Pahang !


KUANTAN - Sebanyak RM1.8 bilion disediakan menerusi Bajet 2023 untuk projek tebatan banjir dan baik pulih hakisan pantai di Pahang, kata Perdana Menteri sementara, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Bercakap dalam program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Pahang disini hari ini, Ismail turut menekankan pelbagai manfaat dalam Bajet 2023 untuk penduduk Pahang, antaranya yang utama ialah RM1.307 bilion diperuntukkan bagi menaik taraf dan menyenggara jalan persekutuan di negeri itu.

“Ini sekaligus akan membuka kawasan baharu dan merancakkan pertumbuhan ekonomi serta meningkatkan taraf hidup penduduk setempat.”

Katanya, kerajaan juga komited dalam melaksanakan pakej Central Spine Road (CSR) sepanjang Kuala Krai, Kelantan ke Bentong sejauh 350km tanpa tol, dengan kos sebanyak RM8.7 bilion yang dijangka siap sepenuhnya pada 2026.

Ismail berkata, RM572.8 juta diperuntukkan untuk projek pembinaan dan menaik taraf jambatan serta jejantas Pahang, manakala RM6.07 juta bagi projek perintis kawalan hakisan dan kelodak di kawasan bercerun Cameron Highlands.

Katanya, Kementerian Pembangunan Luar Bandar turut menyediakan RM3.32 bilion bagi 101 projek pembangunan di Pahang, dengan 39 daripadanya ialah projek baharu.

Dalam sektor pendidikan di Pahang, RM754 juta diketepikan untuk 40 projek baharu dan sambungan sekolah serta institusi pendidikan lain.

Dalam bidang kesihatan, dua klinik kesihatan sedang dibina di Raub dan Bera dengan kos RM40 juta yang dijangka siap pada tahun depan.

Penyandang Parlimen Bera itu berkata, Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) berjaya menarik pelaburan bernilai RM5.3 bilion ke Pahang, yang akan mewujudkan lebih 3,300 peluang pekerjaan baharu di negeri itu.

Pemulihan ekonomi di landasan betul

Ismail berkata, pentadbiran kerajaannya yang berkesan menyaksikan negara berjaya mengatasi pelbagai cabaran seperti pandemik Covid-19, krisis geopolitik global dan perubahan iklim yang memberi kesan kepada rantaian bekalan makanan.

“Hari ini, prestasi ekonomi negara adalah yang terbaik di Asia Tenggara dengan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebanyak 8.9% pada suku kedua berbanding 5% pada suku pertama 2022.

“Kadar pengangguran pada Ogos 2022, iaitu 3.7% jauh lebih rendah berbanding Ogos 2021, iaitu 4.6%.

“Kadar inflasi negara juga mencatatkan penurunan kepada 4.5% pada September 2022 berbanding 4.7% pada Ogos 2022. Kadar ini lebih rendah berbanding negara serantau dan negara lain.”

Mengenai Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia, Ismail berkata, Pahang merupakan destinasi terakhir sebelum pilihan raya umum ke-15 pada 19 Nov ini. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.