script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

PRU-15: BN Pahang Sasar Untuk Menang 30 Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)

 

BERA – Barisan Nasional (BN) Pahang mensasarkan memenangi sekurang-kurangnya 30 daripada 42 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan di negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pengerusi BN Negeri, Datuk Sri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, sasaran itu mampu dicapai berdasarkan sokongan rakyat dan juga kerja keras daripada jentera BN.

“Sebelum ini kita ada 25 kerusi daripada 40 kerusi DUN. Kali ni (PRU15), kita sasarkan 30 kerusi yang mesti BN Pahang menang. Itu janji kita (BN),” katanya pada Majlis Solidariti Kestabilan dan Kemakmuran serta Pelancaran Jentera Barisan Nasional Negeri Pahang, di Dataran Kerayong, di sini, hari ini.

Dalam pada itu beliau berkata, perhimpunan itu amat penting kepada jentera BN bagi memastikan parti ini terus kekal memerintah di Pahang untuk tempoh lima tahun akan datang.

“Tidak lama lagi kita akan hadapi proses PRU15 dan penamaan calon pula akan diadakan kurang 10 hari sahaja lagi. Jadi perhimpunan ini sangat penting kepada semua jentera.

“Kita perlu bekerja keras untuk menang. Sebagaimana BN Pahang menang pada pilihan raya umum lalu, yang telah membawa kejayaan apabila hasil kerajaan negeri Pahang mencapai sehingga RM1.2 bilion.

Ini menunjukkan kerajaan BN yang dipilih pada pilihanraya telah bertanggungjawab menjalankan tugas yang diamanah,” ujarnya.

Wan Rosdy memberitahu, dalam keadaan semasa kini, BN dihimpit oleh Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) yang masing-masing ingin menerajui serta memerintah negara.

Namun, jelasnya, jika melihat kepada semangat jentera BN pada perhimpunan ini, tidak mustahil kerajaan BN di Pahang akan dapat dipertahankan. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.