script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Wan Rosdy: Kemunculan Parti Kecil Akan Hanya Jadi 'Pengacau Undi' Pada PRU-15

 

KUANTAN - Kemunculan parti kecil yang turut serta dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15) hanya berfungsi sebagai pengacau undi, kata Pengerusi UMNO Pahang, Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail.

Sambil menggambarkan kebanyakan parti itu tidak memiliki ahli di peringkat akar umbi, dia juga meramalkan mereka sukar untuk melakar kemenangan.

"Saya rasa ini mungkin untuk memecahkan undi, ataupun mereka mungkin merasakan atas sebab tertentu (seperti) peribadi, tidak bersetuju dengan kerajaan atau parti sedia ada.

"Jadi saya tidak faham, sehingga hari ini saya tidak faham kerana mereka ini adalah sebuah parti yang baru tetapi dan tidak nampak hala tuju dan track record pun kita tak tahu," katanya.

Menteri Besar sementara itu juga mendakwa, pihak yang menubuhkan parti kecil berkenaan adalah orang yang "gagal" justeru kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang disertai mereka dulu hanya bertahan selama 22 bulan.

Wan Rosdy berkata demikian di sini ketika diminta mengulas mengenai ucapannya berkenaan beberapa parti kecil yang dianggapnya tidak ada hala tuju dalam PRU ke-15.

Ditanya sama ada parti kecil yang dimaksudkannya itu adalah Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) yang ditubuhkan Tun Dr Mahathir Mohamad, Wan Rosdy enggan mengulas lanjut.

"Saya ingat kita semua dah matang, mereka boleh fikir sendirilah kepada siapa yang saya maksudkan," katanya.

Ditanya berkaitan banyak parti 'luar' juga dijangka akan bertanding di Pahang dalam pilihan raya kali ini, Wan Rosdy berkata sebelum ini pun perkara itu pernah berlaku.

"Sebelum ini pun ada parti-parti 'luar', saya pernah (bertanding) tiga penjuru, empat penjuru, (calon) bebas pun ada masuk, itu perkara biasa," katanya. #sumbe

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.