script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

PRU-15: PAS Pahang Letak Calon Pilihan Kawasan Saja, Ikut Kriteria Di Kehendaki

 

KUANTAN - PAS akan meletakkan calon pilihan kawasannya saja di Pahang, kata Pesuruhjaya PAS Pahang, Rosli Abdul Jabar.

“Alhamdulillah, kita di Pahang telah selesai meletakkan calon-calon di semua DUN PAS bertanding. Calon-calon yang kita pilih, pertama adalah pilihan di pihak PAS kawasan.

“Kita di Pahang hanya akan memilih calon yang dipilih oleh PAS kawasan sahaja.

“Di samping itu, kita sediakan kriteria calon yang kita kehendaki,” katanya dalam wawancara dengan Harakahdaily yang disiarkan semalam.

Bercakap kepada akhbar web rasmi mereka, Rosli berkata PAS akan bertanding di 24 kerusi, BERSATU 12 dan GERAKAN enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Sementara bagi kerusi Parlimen, PAS bertanding di tujuh kerusi, sama seperti bilangan diperoleh BERSATU.

DUN Pahang kini dikuasai UMNO dengan 24 kerusi, diikuti PAS (8), DAP (7), PKR (2) dan MCA (1).

Di peringkat parlimen pula, UMNO mempunyai lapan kerusi, diikuti PKR (2), DAP (2), AMANAH (1) dan MIC (1).

“GERAKAN sebelum ini kita bagi kerusi (parlimen) tetapi mereka menolak dan serahkan kepada pihak perunding kerusi,” katanya.

Jumaat lepas, Rosli berkata culaan mereka mendapati PN hampir menguasai 17 kerusi. Minimum 21 kerusi diperlukan untuk membentuk kerajaan di negeri itu.

Sementara itu, Rosli berkata PAS mendominasi kerusi di negeri itu kerana kekuatan jentera mereka dan prestasi sebelum ini.

PN menggunakan tema “PN Terajui Pahang” menggantikan tema asal “PAS Terajui Pahang”, susulan kerjasama mereka dengan BERSATU dan GERAKAN. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Peletakan Jawatan Anthony Loke Sebagai Menteri Pengangkutan Berkuatkuasa Serta-Merta Sebaik Sahaja Najib Tiba Ke Rumahnya

PUTRAJAYA : Peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan akan berkuat kuasa serta-merta sebaik sahaja bekas Perdana Menteri ...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.