KUALA LUMPUR - Parti Bangsa Malaysia (PBM) akan bertanding solo memandangkan UMNO sudah menetapkan pendirian pilihan raya umum ke-15 (PRU15) harus diadakan tahun ini, kata Ketua Pemudanya Na’im Brundage.
Katanya, tindakan itu dilakukan mengambil kira permohonan parti berkenaan untuk menyertai Barisan Nasional (BN) belum diluluskan.
“Sukar untuk kita jangkakan (berhubung permohonan itu) tapi kami harus bersedia untuk bertanding solo sekiranya terdesak.
“Apapun, kami masih lagi berharap untuk berada dalam gagasan BN,” katanya.
Sebelum ini, Timbalan Pengerusi BN Mohamad Hasan dilaporkan berkata, keputusan bagi memasukkan PBM dalam BN perlu mendapat persetujuan konsensus dengan semua parti dalam gabungan itu. #sumber







Tiada ulasan:
Catat Ulasan