script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

PRU-15: UMNO Bertekad, Mahu Pastikan PAS Tewas Semua Kerusi DUN Di Pahang

 

BERA - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO dan Barisan Nasional (BN) Pahang, Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail bertekad memastikan PAS tewas lapan kerusi dewan undangan negeri (DUN) yang dimenangi parti itu pada pilihan raya umum lalu.

Wan Rosdy berkata, PAS sanggup 'kehilangan' lambang perjuangan mereka apabila menyertai gabungan Perikatan Nasional (PN).

"Dulu bersama dengan kita, sekarang lambang dia dah takde, takde dah lambang itu nak bertanding, dah jadi Perikatan Nasional.

"Yang ini pun tuan-puan, kita pastikan mereka ada lapan kerusi (DUN) sekarang, kita pastikan mereka pun tidak ada kerusi di negeri Pahang, insya-Allah," katanya ketika berucap pada program Solidariti Kestabilan dan Kemakmuran BN Pahang di sini hari ini.

Program itu dihadiri Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri sementara, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

UMNO dan PAS Pahang menandatangani perjanjian persefahaman Muafakat Nasional pada April 2021, susulan perjanjian di peringkat pusat sebelum itu.

Bagaimanapun, hubungan antara pimpinan kedua parti mula bermasalah awal tahun ini apabila kerajaan Pahang menghentikan pengagihan peruntukan kepada ahli dewan undangan negeri (ADUN) daripada PAS.

Selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU14) PAS mempunyai lapan kerusi DUN dimenangi Pesuruhjaya PAS Pahang Rosli Abdul Jabar (Tanjung Lumpur), Andansura Rabu (Beserah), Tarmizi Yahya (Panching), Mohd Sufian Abdul Jalil (Luit), Mujiburahman Ishak (Chenor), Shahril Azman Abdul Halim (Jengka), Mohd Zakhwan Ahmad Badardin (Tahan) dan Zuridan Daud (Damak).

Wan Rosdy turut menyatakan keyakinan UMNO dan BN Pahang boleh memenangi sekurang-kurangnya 30 kerusi DUN dalam PRU-15 pada 19 November ini. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.