script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Ketua UMNO Alor Setar 'Sahkan' Beliau Dan Tajuddin Di Gantung Keahlian Parti

 

ALOR SETAR - Ketua UMNO Bahagian Alor Setar, Datuk Mohd Yusof Ismail mengesahkan beliau digantung keahlian parti selama enam tahun.

Memaklumkan demikian kepada BH hari ini, usahawan itu berkata, beliau dihubungi beberapa ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang menghadiri mesyuarat MKT di Kuala Lumpur, malam tadi mengenai keputusan itu.

Mohd Yusuf berkata, keputusan sama turut dikenakan terhadap Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

"Saya dimaklumkan beberapa rakan MKT melalui panggilan telefon malam tadi. Setakat ini, belum ada makluman rasmi dibuat Ibu Pejabat UMNO," katanya percaya keputusan itu kesan tindakannya kerap mengkritik Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi walaupun secara tertutup.

Mohd Yusuf berkata, beliau belum memikirkan sama ada akan membuat rayuan ke atas keputusan itu.

"Saya difahamkan, Presiden UMNO (Ahmad Zahid) juga tidak maklum apa kesalahan saya dan Tajuddin dalam mesyuarat malam tadi, cuma umum gantung sahaja kepada MKT.

"Saya percaya ini juga isyarat kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob), jika Dewan (Rakyat) tidak dibubarkan segera," katanya.

Mohd Yusof berkata, beliau agak kesal kerana hukuman ke atasnya dilihat lebih berat berbanding hukuman ke atas bekas Ahli MKT UMNO, Datuk Lokman Noor Adam yang lebih banyak memburukkan Perdana Menteri.

"Saya memang ada kritik Presiden, tetapi dibuat hanya dalam kumpulan WhatsApp Ketua Bahagian UMNO sahaja. Lokman kritik Perdana Menteri lebih banyak, tetapi hukuman ke atasnya tidak seberat saya.

"Selama ini memang saya dianggap bukan orang Presiden, maka sebab itu, saya kata ini isyarat kepada Perdana Menteri untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan segera.

"Saya belum fikir sama ada akan merayu atas keputusan ini, tunggu saya bincang dengan dulu dengan Perdana Menteri dan kemudian akan fikir tindakan lanjut," katanya yang kini berada di luar negara atas urusan keluarga.

Sementara itu, usaha mendapatkan reaksi Tajuddin setakat ini belum berjaya. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.