script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Kedutaan AS Keluarkan Amaran Cuaca Buruk Di Malaysia Mulai Bulan Depan !

 

KUALA LUMPUR - Amerika Syarikat (AS) mengeluarkan amaran cuaca buruk kepada rakyat negara itu yang berada di Malaysia sebagai persediaan berdepan hujan lebat, ribut dan banjir bermula bulan depan.

Berdasarkan amaran yang dikeluarkan di laman sesawang Kedutaan AS di Kuala Lumpur, Selasa lalu, rakyat negara itu diingatkan untuk bersiap sedia berdepan Musim Siklon Tropika di Laut Pasifik Selatan bermula 1 November ini hingga 30 April tahun depan.

Menurut amaran itu, Malaysia berisiko dilanda hujan ribut berpanjangan dan bencana banjir sepanjang Musim Siklon Tropika yang boleh menyebabkan bekalan utiliti terputus selama beberapa hari.

"Di Malaysia, siklon tropika kebiasaannya disusuli bersama ribut hujan berterusan dan banjir di beberapa kawasan di negara ini, termasuk Kuala Lumpur.

"Hujan lebat dan ribut kilat yang teruk boleh menyebabkan gangguan elektrik dan bekalan air terputus secara meluas.

"Warga AS di Malaysia dinasihatkan untuk bersiap sedia lebih awal bagi berdepan kemungkinan gangguan utiliti kerana ia boleh berlaku selama beberapa hari," jelas amaran itu.

BH sebelum ini melaporkan, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan negara akan dilanda hujan lebat berterusan mulai pertengahan November ini yang berisiko menyebabkan bencana banjir besar pada penghujung bulan berkenaan.

Cuaca yang dialami dijangka memberi impak lebih signifikan kerana Monsun Timur Laut yang aktif pada tempoh itu, di mana risiko berlaku hujan lebat berterusan dan banjir berskala besar adalah tinggi.

Selain itu, fenomena La Nina yang masih berterusan dan dijangka sehingga awal tahun depan akan menyumbang pada peningkatan taburan hujan. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.