KUANTAN - Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang berkuat kuasa pada Jumaat bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Beliau berkata, pembubaran itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Pengumuman itu dibuat pada 10 pagi Jumaat di Wisma Sri Pahang di sini. #sumber







Tiada ulasan:
Catat Ulasan