script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Bekas MB Pahang, Tan Sri Adnan Yaakob Umum Persaraan Sebagai Wakil Rakyat !

 

KUANTAN – Bekas Menteri Besar Pahang, Tan Sri Adnan Yaakob hari ini mengumumkan persaraannya selepas lebih 36 tahun berkhidmat sebagai Wakil Rakyat.

“Kita semua sedia maklum, Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang akan dibubarkan dalam sedikit masa lagi. Saya menganggap ini ucapan terakhir dalam dewan sebelum bersara sepenuhnya,” katanya ketika berucap pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di sini hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai, Tan Sri Adnan atau lebih mesra disapa Tok Nan itu telah menjadi wakil rakyat selama lapan penggal.

Beliau pernah mentadbir Pahang apabila mendapat mandat sebagai Menteri Besar Pahang selama 19 tahun dan mula dilantik sebagai Menteri Besar pada 25 Mei 1999 menggantikan Tun Mohd Khalil Yaakob.

Adnan, anak sulung daripada enam adik beradik dilahirkan pada 18 April 1950, di Bentong dan berkahwin dengan Datin Seri Junaini Kassim.

Mereka dikurniakan empat anak iaitu Awang Osman, Yang Azizah, Yang Aishah dan Awang Omar.

Adnan turut melahirkan rasa syukur kerana Pahang kini ditadbir kerajaan yang baik di bawah pimpinan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dalam meneruskan legasi untuk membantu rakyat di negeri itu.

“Pahang bernasib baik mendapat hamba Allah bernama Wan Rosdy, anak kelahiran Lipis menjadi Menteri Besar,” katanya.

Menurutnya, Wan Rosdy merupakan seorang yang mempunyai berperangai baik maknanya tidak beremosi, tidak marah, tidak mudah teruja seperti sesetengah orang.

Justeru beliau berharap agar Wan Rosdy dapat meneruskan perkhidmatan cemerlang dalam memimpin negeri itu. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.